Nampaknya kerajaan UMNO-BN sekali lagi tidak khuatiri negeri-negeri Pantai Timur, dan negeri-negeri lain kecuali Kuala Lumpur.
Jika dilihat, landasan keretapi dan perkhidmatan keretapi Pantai Timur, nyata tidak ada landasan-landasan baru dirancang atau dibina sejak kemerdekaan. Di negara-negara membangun, tumpuan diberikan untuk menambahkan lagi sistem landasan keretapi supaya seseorang boleh pergi antara bandar-badar dengan mengunakan keretapi. Landasan-landasan juga diperbaiki supaya boleh digunakan oleh keretapi-keretapi yang lebih pantas and cekap.
Malangnya, kini pun kita tidak ada landasan keretapi menyambung bandar-bandar utama Pantai Timur saperti Kota Bharu ke Kuala Trengganu ke Kuantan ke Pekan ke Mersing ke Johor Bahru.
Tidak ada landasan keretapi daripada Pantai Timur ke Pantai Barat Semenanjung - Kota Bahru ke Alor Star ke Pulau Pinang, atau daripada Kuantan ke Temerloh ke Kuala Lumpur.
Tumpuan kerajaan hanya nampaknya di Kuala Lumpur - di mana pada tahun akan datang pun RM40 billion akan dibelanjakan untuk 'Mass Rapid Transit System' . Bukankah ke Kuala Lumpur sudah ada sistem LRT dan perkhidmatan KTM Komuter - dan sistem 'highway' yang sudah mencukupi? Pembangunan harus dibahagikan sama rata kepada segala pelusuk negara dan tidak hanya ditumpukan di Kuala Lumpur (atau Lembah Klang).
Dengan sistem landasan keretapi yang lebih baik, pihak 'investor' juga akan lebih berminat membuka kilang-kilang - kerana barangan lebih senang di hantar dari kilang ke pelabuhan dan sebagainya. Rakyat juga akan mendapatkan sistem pengangkutan awam yang lebih baik. Kini perjalanan daripada Temerloh ke Johor Bahru mengunakan keretapi memakan masa lebih kurang 5 - 6 jam, di mana ini dapat dikurangkan kepada 2 atau 3 jam jika landasan dan keretapi yang digunakan diperbaiki.
Kuala Lumpur...(Putrajaya) sudah menerima banyak daripada jana rakyat - dan keadilan memerlukan kerajaan membawakan pembangunan ke kawasan Temerloh dan kawasan-kawasan Pantai Timur yang lain.
Dengan senang, sistem 'tram' boleh dimulakan di Temerloh - dan dengan kemudahan pengangkutan awam yang efisyen, ramai akan mengunakannya dan kereta akan kurang digunakan. Ini akan menjimatkan kos rakyat, mengurangkan jumlah minyak petrol yang digunakan dan juga lebih baik untuk alam sekitar.
No comments:
Post a Comment