Saturday, April 5, 2008

PENGENAAN DAERAH TEMERLOH

PENGENAAN DAERAH TEMERLOH


LOKASI
Daerah Temerloh adalah terletak ditengah-tengah Negeri Pahang. Terletak bersempadan dengan Daerah Maran di sebelah timor, Daerah Bentong di sebelah barat, Daerah Jerantut di sebelah utara dan Daerah Bera di sebelah selatan. Sekiranya kedudukan ini diambilkira maka daerah ini mempunyai kelebihan berbanding dengan daerah-daerah lain di Negeri Pahang. Ini ditambah pula jika didasarkan kepada kedudukan geografi yang berada ditengah-tengah Semenanjung Malaysia. Denga rangkaian jaringan perhubungan jalanraya dan keretapi, maka Daerah Temerloh mudah menerima kesan limpahan (spill-over) dari kepesatan pembangunan Lembah Kelang dan juga Pelabuhan Kuantan

Keluasan Daerah Temerloh 2,250 km persegi bersamaan 225,070 hektar.Keseluruhan kawasan ini dibahagikan kepada 2 kategori utama iaitu Kawasan Majlis Perbandaran seluas 1442 km. persegi (64.08%), dan Kawasan diluar Majlis Perbandaran seluas 808 km. persegi (35.92%).

Mukim, Kampung Tradisional dan Kampung Baru Cina
Terdapat 10 Mukim di Daerah Temerloh iaitu :-

1. ii Mukim Bangau (Keluasan : 3,368.40 Hektar)
2. ii Mukim Jenderak (Keluasan : 83,433.10 Hektar)
3. ii Mukim Kerdau (Keluasan : 13,214.50 Hektar)
4. ii Mukim Lebak (Keluasan : 4,404.80 Hektar)
5. ii Mukim Lipat Kajang (Keluasan : 3,886.60 Hektar)
6. ii Mukim Mentakab (Keluasan : 10,364.30 Hektar)
7. ii Mukim Perak (Keluasan : 20,987.80 Hektar)
8.ii Mukim Songsang (Keluasan : 2,331.90 Hektar)
9. i. Mukim Sanggang (Keluasan : 8,809.70 Hektar)
10. Mukim Semantan (Keluasan : 74,364.30 Hektar)

Bilanga Kampung Tradisional yang ada sebanyak 234 buah. Bilangan Kampung Baru Cina sebanyak 6 buah.Bilangan Rancangan Pembangunan Tanah FELDA ialah 7 buah iaitu Felda Jenderak Utara, Felda JendeBilangan Kampung Tradisional yang ada adalah sebanyak 234 buah, sementara Kampung Baru Cina rak Selatan, Felda Jengka 25, Felda Jengka 22, Felda Jengka 23, Felda Lakum dan Felda Bukit Damar.

Penduduk
Penduduk Daerah Temerloh pada tahun 1996 dianggarkan berjumlah 136,100 orang, iaitu daerah kedua teramai dalam Negeri Pahang.
Pembahagian penduduk mengikut etnik adalah seperti berikut :-
Melayu - 92,486 orang
Cina - 21,123 orang
India - 12,548 orang
Lain-lain - 3,525 orang
Bukan Warganegara - 6,418 orang

Struktur Penduduk mengikut Umur pula adalah seperti berikut :-
0-14 tahun - 50,820 orang
15-64 tahun - 73,230 orang
65 tahun ke atas - 4,450 orang
Jumlah : 128,500 orang

Mukim
Terdapat sepuluh buah Mukim di Daerah ini (Mukim Bangau , Jenderak , Perak , Lebak , Songsang , Lipat Kajang , Mentakab , Semantan dan Kerdau ). Bilangan Kampung Tradisi yang ada adalah sebanyak 234 buah. Bilangan Kampung Baru Cina ialah 6 buah. Bilangan Rancangan Pembangunan Tanah FELDA ialah 7 buah iaitu FELDA Jenderak Utara , Jenderak Selatan , Jengka 25 , Jengka 22 , Jengka 23 , Felda Lakum dan Bukit Damar .

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung
Kampung. Tradisional : 234 buah kampung, 83 JKKK
Kampung. Baru Cina : 6 buah kampung, 6 JKKB
Rancangan Felda : 7 buah kampung, 7 JKKR

Bandar-Bandar
Terdapat 2 buah bandar besar iaitu Bandar Temerloh (pusat pentadbiran) dan Bandar Mentakab (pusat komersil). Bandar-bandar kecil yang lain ialah Lanchang , Kerdau dan Kuala Krau .

Pusat Pertumbuhan Desa
Terdapat 2 buah Pusat Pertumbuhan Desa yang sedia ada iaitu :-
i) Kg.Desa Murni - Mukim Kerdau
ii) Kg.Desa Baru Purun - Mukim Kerdau

Kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri
Kawasan Parlimen yang terdapat dalam Daerah Temerloh terbahag kepada dua iaitu:-

PARLIMEN TEMERLOH - YB. Dato' Haji Mohd Sarit bin Haji Jusoh. DIMP.,AMP.
ADUN KUALA SEMANTAN - YB. Dato' Haji Md. Hamdan bin Sudin
ADUN MENTAKAB - YB. En. Chuah Boon Seong
ADUN LANCHANG - YB. Dato' Haji Mohd Sharkar bin Shamsudin ( Tel : 609-2803994 )

Kawasan Parlimen Kuala Krau yang meliputi 3 kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Jenderak, Kerdau dan Jengka. Bagaimana pun kawasan Jengka terletak dalam Daerah Maran

PARLIMEN KUALA KRAU - YB. Dato' Haji Ismail bin Said
ADUN JENDERAK - YB. Dato' Haji Mohamed bin Jaafar. DIMP.,SMP.,KMN.,PJK. ( Tel : 609-2963022 )
ADUN KERDAU - YB. Dato' Redzwan bin Harun. PJK ( Tel : 609-2779937 )

KEADAAN SEMASA MENGIKUT SEKTOR
Data Tanah di Daerah Temerloh pada 30 Jun 2005
1. Tanah Bermilik (Termasuk tanah PSK yang ada Haklilik, Agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri) seluas 101,337.8 Hektar
- Pertania seluas 67,242.0 Hektar
- Bangunan seluas 9,403.3 Hektar
- Perusahaan/Industri seluas 5,448.08 Hektar
- Lain-lain seluas 19,243.8 Hektar.
2. Tanah Kerajaan (Termasuk Rizab Awam, Rizab Orang Asli, Rizab Hidupan Liar/Perhilitan, Tanah PSK yang belum ada hakmilik, Sungai dan lain-lain)
seluas 70,491.87 Hektar.
3. Rizab Melayu lebih kurang 65,006 Hektar
4. Hutan Simpan (Warta) seluas 53,170.33 Hektar.

Gunatanah
Secara umumnya didapati sebahagian besar dari tanah daerah ini digunakan untuk tujuan pertanian iaitu kira-kira 110,888.9 hektar atau kira-kira 49.3% dari jumlah keluasan keseluruhan . Manakala seluas 94,200.0 hektar atau 41.9% pula adalah kawasan hutan simpan dan hutan simpan Mergastua Hutan-hutan simpan ini ialah Hutan Simpan Krau , Hutan Simpan Lakum , Hutan Simpan Kemasul dan Hutan Simpan Mergastua Jenderak dan Semantan .

Secara terperinci nya gunatanah ini dapat dijelaskan seperti berikut :-

Gunatanah Keluasan Peratus
(Hektar)
i. Bandar 1,100.0 0.5
ii. Pusat Petempatan Utama 340.0 0.1
iii. Kg.Tradisi 245.0 0.1
iv. Industri 726.1 0.3
v. Pertanian 110,888.9 49.3
vi. Rezab Orang Asli 5,470.0 2.4
vii. Hutan Simpan 35,320.0 15.7
viii.Hutan Simpan Mergastua 58,970.0 26.2
iv. Kawasan Tadahan Air 12,120.0 5.4
Jumlah 225,070.0 100.0

Pertanian : 120,942.0 Hektar.
Hutan Simpan Kekal : 82,244.0 Hektar
Kawasan Hutan (KSK) :11,200.0 Hektar
Rezab Orang Asli : 5,470.0 Hektar.
Perbandaran :1,100.0 Hektar.
Industri : 726.0 Hektar.
Kawasan Penempatan : 575.0 Hektar.
Lain-lain termasuk Rezab Persekutuan dan Rezab Kubur : 2,813.0 Hektar.

Gunatanah kawasan bandar termasuk kegunaan bagi tujuan perumahan , perdagangan , pelancongan , dan rekreasi dalam kawasan bandar , kemudahan masyarakat dan institusi serta kemudahan kawasan infrastruktur / utiliti . Semua kawasan ini adalah terletak di bandar Temerloh dan Mentakab .
Gunatanah bagi Pusat Pertumbuhan Utama pula ialah bagi kawasan-kawasan bandar yang kecil iaitu Lanchang , Kerdau dan Kuala Krau . Terdapat 4(empat) kawasan perindustrian terancang di Daerah ini iaitu dua di Taman Perindustrian Temerloh , satu di Songsang dan satu dari Kg.Sempadan . Selain daripada itu terdapat juga aktiviti perindustrian yang berselerak dan berbentuk 'ad-hoc' di kawasan-kawasan lain . Bagi gunatanah pertanian , sebahagian besar dari kawasan ini telah poun diberi hakmilik termasuklah kepada agensi-agensi kerajaan seperti FELDA , FELCRA , LKPP dan lain-lain .
Satu fenomena yang nyata di daerah ini ialah terdapatnya kawasan-kawasan paya yang luas yang dianggarkan kira-kira 3,501 hektar . Kawasan-kawasan inilah yang merupakan kawasan yang selalu dilanda banjir dan sukar untuk dimajukan .

Perumahan
Banci penduduk 1991 menunjukkan bahawa di daerah ini terdapat sejumlah 29,400 buah tempat kediaman dan seterusnya meningkat kepada 32,498 unit dalam tahun 1995 . Berdasarkan kepada saiz isirumah yang kebiasaannya digunakan 5.0 orang bagi setiap unit , didapati daerah ini mempunyai bekalan rumah yang lebih dari mencukupi bagi setiap keluarga. Bagaimanapun faktor-faktor lokasi , perbezaan pendapatan penduduk dan sebagainya menyebabkan keperluan kepada pembinaan rumah-rumah kos rendah di kawasan-kawasan tertentu adalah diperlukan .

PERUMAHAN AWAM KOS RENDAH DAERAH TEMERLOH
PERUMAHAN KAMPUNG PAYA SOK 100
PERUMAHAN KG. PAMAH KASIH 150
PERUMAHAN KG. PADANG LALANG 300
PERUMAHAN KG. BOLOK HILIR 150

Penduduk , Gunatanah dan Pendapatan
Berdasarkan kepada Banci Penduduk , bilangan penduduk Daerah Temerloh pada Tahun 2000 adalah seramai 142,794 orang. Pecahan mengikut kaum bagi Warganegara iaitu Melayu seramai 93,542 orang (68%), Cina seramai 23,338 orang (17%(, India seramai 12,370 orang (9%), Bumiputra Lain seramai 7,098 orang (5%) dan Lain-lain seramai 1,030 orang (0.7%). Sementara Bukan Warganegara seramai 5,416 orang. Jumlahpenduduk yang tinggal Dalam Kawasan Operasi Majlis Perbandaran Temerloh ialah seramai lebih kurang 135,000 orang. Secara keseluruhan kepadatan penduduk adalah 57 orang/km persegi . Agihan mengikut mukim pula menunjukkan kepadatan tertinggi di Mukim Mentakab iaitu 337 orang/km persegi dan terendah adalah di Mukim Jenderak iaitu 26 orang/km persegi . Daripada jumlah penduduk , hampir 100% penduduknya menduduki kawasan yang diwartakan sebagai kawasan Majlis Perbandaran . Dari segi tenaga buruh , mengikut banci penduduk , terdapat sejumlah 33,611 tenaga buruh di Daerah ini pada tahun 1980 dan jumlah ini meningkat kepada 42,295 dalam tahun 1991 dan dalam tahun 1995 pula dianggarkan berjumlah 47,789 . Dari segi gunatenaga pula , dalam tahun 1980 , jumlah gunatenaga adalah sebanyak 31,443 , meningkat kepada 39,260 dalam tahun 1991 dan dianggarkan berjumlah 45,017 dalam tahun 1995 . Jika dibuat perbandingan mengikut sektor ekonomi , dalam tahun 1995 , kira-kira 27.7 % gunatenaga ini terlibat dalam sektor pertanian , 0.2% sektor perlombongan , 16.2% sektor perkilangan , 6.3% sektor pembinaan , 15.7% sektor perladangan , 4.1% sektor pengangkutan , 3.5% sektor kewangan , 25.8% sektor perkhidmatan dan 0.5% lain-lain sektor. Apa yang ketara ialah terdapatnya perubahan yang besar dari segi gunatenaga sejak 15 tahun yang lepas dimana sektor pertanian tidak lagi menjadi pergantungan majoriti penduduk .

Jadual : Gunatenaga mengikut Sektor Daerah Temerloh 1980-1995

Sumbangan sektor pertanian , adalah semakin berkurangan dan diambilalih oleh sektor-sektor perkilangan , perkhidmatan dan perdagangan . Pendapatan purata bulanan isirumah Daerah ini pada tahun 198 adalah sebanyak RM 852 dan meningkat kepada RM 1404 pada tahun 1995 . Kadar pertumbuhan purata adalah 5.1% setahun . Kadar kemiskinan di daerah ini adalah agak tinggi iaitu pada tahap 17.4%(1985) dan dianggarkan menurun kepada 15.4%(1995). Kedudukan ini adalah tempat kelima selepas Lipis , Jerantut , Rompin dan Pekan .

Pertanian
Walaupun sumbangan sektor pertanian dari segi gunatenaga semakin berkurangan , sektor ini masih lagi merupakan sektor yang dominan memandangkan sumbangannya dari segi KDNK bagi Daerah ini .Dari segi keluasan kawasan pula , adalah dianggarkan sejumlah 181,529 hektar* tanah digunakan bagi tujuan ini . Tanaman utamanya adalah kelapa sawit (56%) , getah(38%) dan koko(2.4%).

Jadual : Keluasan Kawasan Tanaman Daerah Temerloh

Peratusan keluasan kawasan Pertanian :-
Kelapa Sawit : 66.2%
Getah : 31.3%
Koko : 0.2%
Buah-buahan : 1.9%
Lain-lain : 0.4%

Tanaman utama iaitu kelapa sawit dan getah kebanyakkan diusahakan oleh agensi-agensi kerajaan seperti FELDA , FELCRA , LKPP dan RISDA . Keluasan kawasan masing-masing adalah seperti ditunjukkan di bawah ini .


* Angka-angka ini termasuk Daerah Bera .

Perdagangan
Terdapat sejumlah 1,653 unit bangunan perdagangan di kesemua pertemuan utama Daerah Temerloh. Sebahagian besar (kira-kira 80%) dari jumlah bangunan ini adalah bertumpu di Bandar Temerloh dan Mentakab . Dari segi jenis perniagaan pula , perniagaan dalam bentuk Perkhidmatan merupakan jumlah yang tinggi sekali lebih kurang 60% , Perniagaan Runcit lebih kurang 37% dan Perniagaan Borong lebih kurang 3% . Penyertaan Bumiputera dalam bidang perniagaan adalah terlalu kecil dan bidang perniagaan yang diceburi juga adalah perniagaan secara kecil-kecilan . Penyertaan ini dari segi pemilikan ruang kedai pernigaan dimana Kaum Bumiputera memiliki 13% dari jumlah keseluruhan berbanding dengan Kaum Cina 79% dan Kaum India 8% .

Perindustrian
Pada masa ini terdapat sebanyak 4 kawasan perniagaan terancang dengan keluasannya sejumlah 726.1 hektar di Daerah Temerloh . Kawasannya adalah seperti berikut

INFRASTRUKTUR DAN UTILITI

Bekalan Air
Bekalan air bersih di Daerah Temerloh dikendalikan oleh Jabatan Bekalan Air secara keseluruhan , tetapi bagi kawasan-kawasan terpencil ianya dikendalikan oleh Pejabat Kesihatan Daerah melalui program Bekalan air Masyarakat . Pada masa ini purata 97% daripada jumlah penduduk Daerah Temerloh mendapat bekalan air bersih ini . Pada masa ini loji-loji air di Daerah ini mampu untuk membekalkan sejumlah 12.23 juta gelen sehari . Adalah dijangkakan Daerah ini tidakakan menghadapi sebarang masalah air hingga ke tahun 2020 .

Sistem Telekomunikasi
Sebahagian besar kawasan Daerah Temerloh juga telah meliputi perkhidmatan Telekomunikasi samada diselenggarakan oleh Telekom Malaysia berhad atau lain-lain syarikat Telekomunikasi swasta . STMB sendiri mempunyai 8 buah ibu sawat yang mempunyai muatan 28,216 talian berbanding dengan 17,533 talian yang telahpun digunakan . Masalah yang dihadapi ialah kedudukan pelanggan yang bertaburan , yang tentunya kos tinggi untuk menyediakan perkhidmatan . Banyak permintaan khidmat talipon bagi kawasan Jenderak belum dapat diberi kerana kos peralatan telekomunikasi yang tinggi . Bagaimanapun Syarikat TM sedang mengkaji perkara ini .

Bekalan Elektrik
Hampir 97% penduduk Daerah ini telahpun menikmati bekalan elektrik . Buat masa ini tiada sebarang masalah dari segi bekalan elektrik di Daerah ini dan dijangkakan keupayaan pencawang elektrik yang ada mampu menampung jumlah permintaan hingga tahun 2000 .

Pengangkutan
Daerah ini dihubungkan oleh beberapa batang jalanraya utama (218.85 km jalan persekutuan dan 472.92 km jalan negeri) dengan daerah-daerah lain dan seterusnya negeri-negeri lain . Jalan-jalan Persekutuan yang ada ialah :-

1. Laluan Persekutuan 2 : Karak-Lancang-Mentakab
( by-pass) Temerloh-Maran
2. Laluan Persekutuan 87 : Mentakab-temerloh
3. Laluan Persekutuan 10 : Temerloh-Triang
4. Laluan Persekutuan 98 : Temerloh-Jerantut
5. Laluan Persekutuan 88 : Mentakab-Mentakab(by pass).
6. Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 130 km : Karak - Kuantan ( Melintasi Daerah Temerloh dari Sempadan Daerah Bentong ke Sempadan Daerah
Maran sejauh 50 km )

JALAN PERSEKUTUAN : 218.85 KILOMETER
JALAN NEGERI : 201.00 KILOMETER

Jalan-jalan Negeri di Daerah pula merupakan pengagih kepada Jalan-Jalan Persekutuan manakala jalan-jalan di bawah program pembangunan luar bandar pula turut dikira dibahagian besar kawasan-kawasan perkampongan yang ada . Bagi perkhidmatan keretapi , terdapat satu stesyen utama iaitu di bandar Mentakab dan 3 stesen kecil iaitu Sg.Belengu , Kerdau dan Kuala Krau. Di Daerah Temerloh masih wujud perkhidmatan pengangkutan air terutamanya yang melibatkan penduduk di tebing sungai Pahang . Perkhidmatan ini masih diperlukan khususnya oleh petani-petani untuk mengangkut hasil pertanian masing-masing .Keperluan ini disebabkan tiadanya jambatan terdekat menghubungkan kampung-kampung ini dengan kawasan di sebelah barat tebing . Kawasan-kawasan ini di Kuala Krau , Kg.Jenderak , Kg.Pulau Pasir Mandi , Kg. Sanggang Seberang dan Kg.Songsang .

Temerloh - Kuala Lumpur : Melalui Lebuh Raya LPT kemudian Lebuh Raya Karak atau Jalan Raya Temerloh ke Karak kemudian masuk Lebuh Raya Karak
Temerloh - Kuantan : Melalui Lebuh Raya LPT atau Jalan Raya Temerloh Kuantan
Temerloh - Jerantut : Melalui Jalan Raya temerloh ke Jerantut
Temerloh - Bera : Melalui Jalan Raya Temerloh ke Triang

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN LAIN MASYARAKAT
BANGUNAN PEJABAT PERSEKUTUAN : RM 18 JUTA
BANGUNAN HOSPITAL DAERAH TEMERLOH : RM 480 JUTA
INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA : RM 132 JUTA
NAIK TARAF SUNGAI KETAPA : RM 8.7 JUTA
SEKOLAH, ASRAMA, MAKMAL SAINS & DEWAN : RM 89 JUTA
MASJID KAMPUNG PAYA LUAS : RM 600,000.00
MASJID KAMPUNG DESA BAKTI : RM 780,000.00
MEMPERELOK JLN.TEMERLOH –MENTAKAB : RM 43.6 JUTA
STESEN BUMI MACRES, MENTAKAB : RM 81 JUTA

JAMBATAN BARU ATAS LINTASAN KERETAPI LALUAN 8, 87 & 64 KOS : RM 14,900,000.00
PROJEK INI DAPAT MENGATASI MASAALAH KESESAKAN LALULINTAS DI BANDAR MENTAKAB KHUSUSNYA DI LINTASAN KERETAPI

MEMPERELOK JALAN TEMERLOH – MENTAKAB (LALUAN 87)
PROJEK INI DAPAT MENGURANGKAN KESESAKAN LALULINTAS TEMERLOH MENTAKAB DISAMPING MEMBANTU MEMPERCEPATKAN PROSES PENGGABUNGAN/PERCANTUMAN DIANTARA BANDAR TEMERLOH DAN MENTAKAB MENJADI SATU BANDAR
i

Pendidikan
Dalam tahun 1995 , terdapat 59 buah sekolah rendah yang terdiri daripada 42 buah Sekolah Rendah Kebangsaan , 8 Sek .Ren. Jenis Kebangsaan Cina dan 9 Sek.Ren. Jenis Kebangsaan Tamil Dari segi Sekolah Menengah pula terdapat sejumlah 13 buah yang terdiri daripada 11 Sek.Men biasa dan 2 buah Sek.Men. Agama . Dari segi jumlah pelajar pula terdapat seramai 20,162 murid sekolah rendah dengan tenaga pengajar seramai 1,292 orang dan seramai 12,881 pelajar dengan 770tenaga pengajar bagi sekolah Menengah .

JUMLAH SEKOLAH-SEKOLAH DALAM DAERAH TEMERLOH
SEKOLAH KEBANGSAAN 48 BUAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN 16 BUAH
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA 8 BUAH
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL 9 BUAH
SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL 1 BUAH
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK 1 BUAH
SEK. MEN. BERASRAMA PENUH 1 BUAH
SEKOLAH MODEL KHAS 1 BUAH
JUMLAH : 85 BUAH


SEK. MEN. BERASRAMA PENUH INTERGRASI TEMERLOH
Telah dirasmikan oleh KDYM Sultan Pahang pada 25.02.2004.
Bilangan Pelajar 528 orang.
Bilangan Guru 50 orang

Kesihatan

HOSPITAL BARU DAERAH TEMERLOH
KOS RM. 480,000,000.00
Di daerah ini terdapat sebuah Hospital Daerah , 5 buah Klinik Kesihatan , 23 buah Klinik Desa dan 2 Klinik Kesihatan Ibu dan Kanak-Kanak dan 6 Klinik Pergigian .
1. HOSPITAL BARU (TEMERLOH) : 100 % SIAP
2. KLINIK KESIHATAN BANDAR MENTAKAB : 1 BUAH
3. POLIKLINIK KOMUNITI : 4 BUAH
4. KLINIK DESA : 26 BUAH
5. KLINIK KESIHATAN IBU & KANAK-KANAK : 1 BUAH
6. KLINIK KESIHATAN PERGIGIAN : 6 BUAH


Salah sebuah Klinik Desa di Daerah Temerloh

Perkhidmatan Pos
Pada masa ini terdapat 5 buah Pejabat Pos , 1 buah Mini Pos , 7 buah Wakil Pos di Daerah Temerloh .

Perkhidmatan Bomba
Dua Balai Bomba beroperasi di Daerah ini iaitu di Bandar Mentakab dan Bandar Temerloh .

SISTEM TELEKOMUNIKASI
- TERDAPAT 8 IBU SAWAT DENGAN MUATAN 28,216 TALIAN -17,533
- DIGUNAKAN DI BAWAH STMB. TERDAPAT KAWASAN YANG BERBUKIT DI KAWASAN JENDERAK YANG MASIH BELUM BOLEH MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN TELEFON.

TELEKOM MALAYSIA BERHAD
BILANGAN TALIAN TELEKOMUNIKASI (TALIAN TETAP BERWAYAR)
IBUSAWAT KAPASITI TALIAN
TEMERLOH 9,852
MENTAKAB 14,814
LANCHANG 2,436
KERDAU 2,128
KUALA KRAU 2,052
PAYA PULAI 2,008
JUMLAH 33,290

BILANGAN TALIAN TELEKOMUNIKASI ( TALIAN TETAP TANPA WAYAR)

IBUSAWAT SISTEM KAPASITI TALIAN
MENTAKAB RADIO IN LOCAL LOOP (RILL) 1,320
MENTAKAB CODE DIVISION MULTIPLE ACCESS (CDMA) 1,000
KUALA KRAU CODE DIVISION MULTIPLE ACCESS (CDMA) 1,000
JUMLAH 3,320

0KT0BER 2004 AKAN LANCARKAN PERKHIDMATAN TELEFON TALIAN TETAP TANPA WAYAR (CDMA) DARI MENARA 250 KAKI IBU SAWAT KUALA KRAU SEBANYAK 1,000 TALIAN.

Perkhidmatan Polis
Di Daerah ini terdapat 6 buah Balai Polis dan 2 buah Pondok Polis .

BEKALAN ELEKTRIK
- 97% PENDUDUK DI DAERAH TEMERLOH MENDAPAT KEMUDAHAN BEKALAN ELEKTRIK DAN BAKINYA YANG TERLETAK BERJAUHAN DENGAN JALAN-JALAN UTAMA.(Kg.Terpencil)
TNB. TELAH MENGAMBIL-ALIH PENYELENGARAAN LAMPU JALAN KAMPUNG SEBANYAK 3,192 UNIT DAN MENUKAR LAMPU 70 W KEPADA 150 W.
- PADA TAHUN 2004 TNB TEMERLOH TELAH MENDAPAT PERUNTUKAN DARIPADA KPLB SEBANYAK RM 980,625.00 UNTUK BEKALAN LETRIK LUAR BANDAR DAN KAMPUNG ORANG ASLI (KAMPUNG EMPANGAN DEDALU, PAYA BADAK, PENDERAS DAN BUKIT LICHIN).

Tempat-Tempat Ibadat
Pada masa ini terdapat sejumlah 108 buah masjid , 207 buah surau , 2 buah gereja , 8 buah kuil Hindu dan 14 buah Tokong serta sebuah kuil Sikh

Pelancongan
Pada masa ini adalah diakui bahawa Daerah ini menghadapi masalah kekurangan tempat perlancongan yang dimajukan bukan sahaja bagi pelancong luar tetapi juga bagi penduduk tempatan sendiri . Ini bukan bermakna Daerah ini kekurangan sumber pelancongan , tetapi masalahnya ialah sumber-sumber yang ada tidak dimajukan selain daripada Hutan Lipur Gunung Senyum , beberapa tempat lain seperti di Sungai Pahang , Air Terjun Lata Bujang , Kawasan Simpanan Mergastua Krau ,Pusat Latihan Hidupan Liar Bukit Rengit , Ladang Ternakan Rusa dan Seladang , Jenderak dan lain mungkin boleh menjadi tempat tarikan pelancong sekiranya dimajukan secara serius .


Gunung Senyum -
Aset pelancungan yang berharga bagi Daerah Temerloh

Sukan dan Rekreasi
Kemudahan sukan dan Rekreasi yang terdapat di Daerah ini adalah dalam bentuk padang-padang permainan , gelanggang tenis , dewan badminton disamping beberapa taman rekreasi yang terdapat di kawasan-kawasan yang terdapat di kawasan-kawasan bandar dan petempatan utama .

Perbandaran
Majlis Daerah Temerloh telah dinaikkan taraf kepada Majlis Perbandaran Temerloh pada 15 Januari 1997, dengan keluasan kira-kira 1,442km/persegi . Segala fungsi perbandaran seperti perkhidmatan pembersihan , perancangan pembangunan dan pengindahan bandar adalah dilaksanakan oleh Majlis ini dengan kuasa-kuasa yang diberi oleh Akta berkenaan .

PERANCANGAN DAN PERLAKSANAAN RMK7 DAERAH TEMERLOH

Peruntukan RMK7 diluluskan di bawah anggaran Pembangunan Persekutuan bagi Daerah Temerloh adalah sejumlah RM 162 juta yang melibatkan pelaksanaan 64 projek utama .
Peruntukan yang diluluskan di bawah anggaran Pembangunan Negeri pula bernilai RM 59 juta yang melibatkan 44 projek utama . Agensi-agensi utama yang melaksanakan projek-projek pembangunan di Daerah ini ialah Jabatan Kerja Raya , Jabatan Parit dan Saliran , Jabatan Bekalan Air dan Majlis Perbandaran Temerloh . Selain daripada Jabatan-jabatan , di atas , pelaksanaan projek-projek juga dilaksanakan oleh Unit Pembangunan Luar Bandar , Pejabat Daerah Temerloh , Jabatan Pertanian , Pejabat Kesihatan Daerah , Jabatan Haiwan , Jabatan Hutan dan berbagai Jabatan lagi . Bagaimanapun projek yang dilaksanakan oleh Jabatan-jabatan ini sebahagian besarnya adalah merupakan projek-projek kecil semasa dan juga projek-projek penyelenggaraan .

PROJEK-PROJEK UTAMA DAERAH TEMERLOH

Institut Kemahiran Belia Negara
Tapak tanah bagi projek ini telah diluluskan di Kampung Bongsu , Lanchang . Sungguhpun peruntukan RMK 7 diluluskan sebanyak RM 15 juta , tetapi perlaksanaannya ditangguh akibat kegawatan ekonomi .DILULUSKAN DALAM RMK-7 DENGAN PERUNTUKAN 132 JUTA
- TAPAK SELUAS 100 EKAR TARIKH MULA 20/12/2002 JANGKA SIAP 20/12/2005
- KEMAJUAN SEBENAR 98 % / MENGIKUT JADUAL 100 % .

Hospital Temerloh
Projek ini akan dibina di tapaknya di Paya Luas oleh Kementerian Kesihatan secara turnkey oleh pihak swasta . Perlaksanaannya di tangguh kerana kegawatan ekonomi

HOSPITAL BARU DAERAH TEMERLOH
KOS RM. 480,000,000.00

Pelabuhan Darat
Tapak pelabuhan darat seluas 100 ekar akan dibina dalam kawasan perindustrian Mentakab . Perlaksanaannya telah ditangguh .

Malaysia Newsprint (MNI)
Dibina atas tapak seluas 165 ekar dalam kawasan Taman Industri , Temerloh . Kilang MNI telah mula beroperasi pada bulan Februari 1999. Kilang ini mula memproses kertas recycle pada bulan April 1999 .

Projek Kompleks Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh
Pembinaan kompleks yang baru telah dibatalkan kerana kegawatan , tetapi sebagai ganti pejabat yang sedia ada dibaikpulih . Tingkat 3 telah siap dibaikpulih pada awal tahun1999 dengan peruntukannya berjumlah RM 1,000,000.00 . Pada tahun ini kerja baikpulih tingkat 1 dan 2 sedang dilaksanakan dengan peruntukannya sebanyak RM 555,000.00

Pembinaan Mini Stadium
Peruntukan awal yang diluluskan bagi projek ini ialah sebanyak RM 2.5 juta sehingga Disember 1996 . Projek ini telah diserah kepada pihak kontraktor pada 15 Januari 1997 . Pembinaan tempat letak kereta dan sistem saliran longkang akan dilaksanakan kemudian melalui sumber peruntukan yang lain . Projek ini adalah di bawah kawalselia Majlis Perbandaran Temerloh . Perlaksanaan projek ini telah terbengkalai , pada masa ini MPT sedang menguruskan pelantikan kontraktor untuk menyiapkan pembinaan mini stadium tersebut .

Pusat Remote Sensing Negara
Kerja-kerja tapak sedang giat dilaksanakan di lokasi projek bersebelahan laluan by pass Temerloh . Projek ini dilaksanakan oleh Kementerian Sains , Teknologi dan Alam Sekitar dengan peruntukannya lebih kurang RM 57.2 juta , yang akan menempatkan stesyen penerima satelit remote sensing dan pusat penyelidikan remote sensing .

BEKALAN AIR
LOJI-LOJI AIR
KAWASAN LOJI PENGELUARAN AIR (meter padu)
1. LUBOK KAWAH : 61,810 meter padu/hari
2. JENDERAK UTARA : 3,900 meter padu/hari
3. JENDERAK KAMPUNG : 8,220 meter padu/hari
4. MEMPATEH : 2,500 meter padu/hari
KEEMPAT-EMPAT LOJI DIATAS TELAH MEMBEKALKAN AIR KEPADA 95% PENDUDUK DAERAH TEMERLOH DENGAN JUMLAH KUTIPAN HASIL AIR (KERAJAAN NEGERI) SEBANYAK RM11,624,250.75 DALAM TAHUN 2003.

RANCANGAN MALAYSIA KE – 9 (BEKALAN AIR DAERAH TEMERLOH)
1. PROJEK MENAIK TARAF LOJI AIR - RM 7,205,000.00
KAMPUNG MEMPATEH LANCHANG.
TARIKH MULA 01.07.2003 TARIKH SIAP 27.12.2004
KEMAJUAN PELAKSANAAN - 40 %
IKUT JADUAL - 100 %

2.PROJEK MENAIKTARAF BEKALAN
AIR SEBERANG TEMERLOH - RM 10,000,000.00
KEMAJUAN PELAKSANAAN - 10 % DALAM PELAKSANAAN

PROGRAM PEMBANGUNAN RAKYAT TERMISKIN ( PPRT )

Berdasarkan senarai terakhir , terdapat sebanyak 200 Ketua Isi Rumah (KIR) yang dikategorikan di bawahh PPRT Daerah ini bagi Tahun 2007.

Bilangan KIR Di bawah PPRT Daerah Temerloh .

1995 : 562
1996 : 430
1997 : 280
1999 : 122

Jika dikira mengikut Mukim pula , Jenderak dan Semantan dikenalpasti sebagai Mukim yang mempunyai bilangan KIR termiskin yang paling tinggi .

Bilangan KIR Di Bawah PPRT Mengikut Mukim 1996/97

Mukim 1996 1998
1. Mukim Perak 24 -
2. Mukim Lipat Kajang 29 10
3. Mukim Bangau 36 1
4. Mukim Sanggang 90 16
5. Mukim Semantan 64 26
6. Mukim Songsang 20 -
7. Mukim Lebak 3 -
8. Mukim Mentakab 47 8
9. Mukim Jenderak 188 61
10.Mukim Kerdau - -
_________ ________
Jumlah
501 122
_________ ________

Pengurangan bilangan KIR di bawah PPRT ini adalah hasil daripada berbagai usaha yang dijalankan dalam tempoh tersebut. Di atas strategi-strategi yang dijalankan termasuklah bantuan projek-projek ekonomi oleh berbagai jabatan , pemberian saham-saham ASB , Kumipa dan Felcra , bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi golongan tua dan tidak upaya bekerja , bantuan pendidikan dan lain-lain dibawah program bantuan , pembinaan rumah PPRT pula , Kerajaan telah membelanjakan peruntukan sepertu berikut untuk mendirikan dan membaiki rumah PPRT :

Tahun Jumlah Rumah PPRT Peruntukan (RM)

1996 8 40,000.00
1997 76 245,000.00
1998 20 110,000.00



ISU-ISU DAN MASALAH PEMBANGUNAN SEMASA DI DAERAH TEMERLOH

Berdasarkan pemerhatian , di antara isu-isu dan masalah pembangunan yang dapat dikenal pasti adalah seperti berikut :

Banjir
Pada kebiasaannya banjir melanda kawasan-kawasan sepanjang Sungai Semantan dan Sungai Pahang pada masa hujan lebat akibat angin monsun Timur Laut diantara bulan November dan Mac Kawasan-kawasan tumpuan adalah kawasan- kawasan petempatan kampung-kampung tradisi . Banjir yang besar juga menyebabkan terputusnya hubungan di antara bandar utama dan kawasan sekitar . Adalah dianggarkan seluas kira-kira 49,000 hektar kawasan adalah merupakan kawasan yang sering dilanda banjir . Masalah banjir kilat juga berlaku di beberapa buah kawasan petempatan dan bandar utama seperti Mentakab dan Temerloh .

Kawasan Berpaya
Satu rintangan fizikal yang menjejaskan pembangunan di Daerah ini ialah terdapatnya kawasan berpaya yang luas . Hasil penyiasatan Gunatanah tahun 1990 telah mendapati bahawa Daerah Temerloh diliputi oleh kawasan paya seluas kira-kira 3,501 hektar . Kawasan-kawasan ini juga merupakan kawasan tanah rendah yang sering dilanda banjir .

Tanah Terbiar
Berdasarkan kepada "Maklumat Keluasan Tanah Terbiar 1994" (Jabatan Pertanian Negeri Pahang) , terdapat seluas kira-kira 7,320 hektar kawasan tanah terbiar di Daerah Temerloh .

Kewujudan Pembangunan Tanah Yang Tidak Terancang
Laporan Pemeriksaan Rancangan Struktur 1996 , mendapati bahawa tren dan bentuk pembangunan gunatanah semasa khususnya dalam kawasan Majlis Daerah masih lagi berlaku dalam keadaan 'piece-meal' dan bersifat 'ad-hoc' . Keadaan ini sekiranya berterusan boleh mengakibatkan konflik gunatanah dan akhirnya akan memberi kesan kepada lalulintas bandaryang tidak efisyen .

Kawasan Pelancongan Yang Di Majukan
Walaupun secara keseluruhan Daerah Temerloh mempunyai banyak kawasan tarikan pelancong , kebanyakannya masih belum dimajukan . Satu-satunya sumber pelancongan yang telah dimajukan ialah Hutan Lipur Gunung Senyum yang diuruskan oleh Jabatan Hutan . Kawasan-kawasan lain yang berpotensi termasuklah Air Terjun Lata Bujang , Jenderak ,Pusat Latihan Hidupan Liar Bukit Rengit , Lanchang , Ternakan Rusa dan Seladang Jenderak dan lain-lain .

1. HUTAN LIPUR GUNUNG SENYUM
MERUPAKAN HUTAN SIMPAN KEKAL DI BAWAH PENGAWASAN JABATAN HUTAN DAERAH TEMERLOH.
KAWASAN INI MENYEDIAKAN KEMUDAHAN REKREASI DAN RIADAH KEPADA PELANCONG LUAR NEGERI / TEMPATAN UNTUK MEREKA YANG SUKA BERKELAH (CAMPING), MEREDAH HUTAN (JUNGLE TRACKING), MEMANJAT GUNUNG DAN GUA SERTA MELIHAT FLORA DAN FAUNA.

KAWASAN SIMPANAN MERGASTUA KRAU DAN PUSAT PEMULIHARAAN SELADANG JENDERAK SELATAN.

PUSAT LATIHAN KEPELBAGAIAN BIOLOGI KEBANGSAAN BUKIT RENGIT
PUSAT PEMULIHARAAN SELADANG MEMPUNYAI KELUASAN 50 HEKTAR DIMANA TERDAPAT 9 BUAH KANDANG (PADDOCK) UNTUK PEMULIHARAAN DAN PEMBIAKAN SELADANG.
II

PUSAT PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR JENDERAK SELATAN MENJALANKAN AKTIVITINYA SEAWAL 1979 DI REZAB HIDUPAN LIAR KRAU DENGAN KELUASAN 62,395 HEKTAR. PUSAT INI MERUPAKAN YANG TERTUA DI SEMENANJUNG MALAYSIA DAN DITUBUHKAN PADA 9 JUN 1923.
SEHINGGA KINI SEBANYAK 87 EKOR SELADANG BERJAYA DIPULIHKAN/DIBIAKKAN, YANG MANA 41 EKOR MASIH HIDUP DAN 46 EKOR TELAH MATI KERANA BEBERAPA SEBAB SEPERTI STRESS, TUA, PINDAH KE ZOO LAIN DAN MATI KETIKA LAHIR.

4. PUSAT PEMULIHARAAN GAJAH KUALA GANDAH LANCHANG
TERLETAK DIPINGGIR SELATAN REZAB HIDUPAN LIAR KRAU DENGAN KELUASAN 62,395 HEKTAR. PUSAT INI MENCATAT SEJUMLAH 21,991 ORANG PELAWAT DALAM TEMPOH JANUARI HINGGA OKTOBER 2004.
II

5. HOMESTAY - DESA MURNI KERDAU DAN PERSEKITARAN KRAU SEPERTI JENGKA 25 DAN RUMPUN MAKMUR.
BERMULA SEJAK TAHUN 1986
Kelolaan Leisure Homestay Travel S/B serta Vision Rural Tourism Consultant.
Kerjasama Penghulu Mukim Kerdau, Penghulu Mukim Sanggang, JKKK Desa Murni, JKKK Ketam, JKKK Bangau, JKKK Sanggang, Megat Segama, dan Kampung yang berdekatan. Sehingga kini terdapat 210 buah rumah di Kampung-kampung berkenaan terlibat dengan program Homestay.
II

6. KEMUDAHAN PENGINAPAN PERHOTELAN DI TEMERLOH DAN MENTAKAB. SEPERTI HOTEL SERI MALAYSIA, GREEN PARK DAN BUKIT BENDERA RESORT.

Walaupun secara keseluruhan Daerah Temerloh mempunyai banyak kawasan tarikan pelancong , kebanyakannya masih belum dimajukan . Satu-satunya sumber pelancongan yang telah dimajukan ialah Hutan Lipur Gunung Senyum yang diuruskan oleh Jabatan Hutan . Kawasan-kawasan lain yang berpotensi termasuklah Air Terjun Lata Bujang , Jenderak ,Pusat Latihan Hidupan Liar Bukit Rengit , Lanchang , Ternakan Rusa dan Seladang Jenderak dan lain-lain .

CABARAN UTAMA PEMBANGUNAN LUAR BANDAR DI BAWAH RMK9 :-
1. Globalisasi / liberalisasi menuntut negara bergerak kepada K-ekonomi, termasuk luar bandar.
2. Ketidakseimbangan bandar – luar bandar perlu dibendung.
3. Tahap pembangunan berbeza antara wilayah & kawasan dan kumpulan kaum.
4. `Digital divide’ bandar – luar bandar.
5. Pembentukan dan pengupayaan masyarakat desa berjatidiri.
6. Keperluan merombak struktur ekonomi luar bandar.
7. Keperluan meningkat liputan & kualiti infrastruktur luar bandar dan infostruktur luar bandar.
8. Peralihan fokus kepada golongan pendapatan rendah.

DASAR DAN STRATEGI RMK9
Peralihan fokus daripada Pembasmian Keadaan Ketermiskinan kepada Pengurangan kemiskinan di bawah Program Kesejahteraan Rakyat.

DASAR DAN STRATEGI RMK 9
Pembangunan luar bandar terus diperhebatkan kearah mewujudkan satu kawasan yang maju, menarik dan menguntungkan dengan masyarakatnya progresif, sejahtera dan cemerlang dengan mengambilkira kepentingan melindungi dan memulihara alam sekitar.

3 comments:

missygeejannahz said...

heloo..can i get this Temerloh information in English version? currently i'm doing a environmental study at gunung jebak puyuh. i need a lot of information regarding this place.can u plz help me? thanx! ^_^

Anonymous said...

heloo..can i get this Temerloh information in English version? currently i'm doing a environmental study at gunung jebak puyuh. i need a lot of information regarding this place.can u plz help me? thanx! ^_^

Aaytahm said...

Assalamualaikum,

Maklumat mengenai daerah Temerloh yang terbaik saya jumpa setakat ni selama sejak saya berinternet 1997. Saya tak jumpa yang lain dah dalam Google yang lebih baik dari ni.

Boleh tolong tunjukkan saya bagaimana untuk mendapatkan maklumat seperti di atas, tapi lebih terperindi bagi:

A. Senarai nama kampung-kampung tradisi/cina/rancangan serta mukim dan poskod kampung-kampung tersebut.
B. Senarai nama taman perumahan serta mukim dan poskod taman-taman tersebut.
C. Senarai nama kawasan penduduk yang lain serta mukim dan poskod kawasan tersebut.

Tanya pejabat pos atau pejabat daerah dan tanah (dan ada bayaran tak)?

Terima kasih.