Saturday, April 5, 2008

Penghuni Plaza Temerloh minta pihak berkuasa selesaikan masalah berbangkit

Penghuni Plaza Temerloh minta pihak berkuasa selesaikan masalah berbangkit
Basiron Abdul Wahab
Sat | Apr 05, 08 | 10:44:03 am MYT

TEMERLOH, 5 April (Hrkh) - Kira-kira 160 pemilik apartmen dan kedai di Plaza Temerloh meminta pihak berkuasa menyelesaikan isu berbangkit melibatkan pemilik dengan pihak pengurusan, Wellmean Managemet Sdn Bhd.

Pemilik mendakwa pihak pengurusan gagal menunaikan tanggungjawab penyelenggaraan bangunan dengan sempurna walaupun pemilik dikenakan bayaran kos penyelenggaraan di antara RM80 hingga RM280 sebulan.

Pemilik mendakwa, Wellmean Managmet gagal menyelenggara lif, pendingin hawa, dan kebersihan bangunan sehingga menimbulkan kesulitan kepada mereka.

Dipihak pengurusan pula mendakwa, pemilik gagal menjelaskan bayaran pengurusan sebagaimana termaktub dalam perjanjian.

Pemilik K.S Tan 58, mendakwa, pihaknya tidak berpuas hati dengan mutu perkhidmatan pihak pengurusan.

Selain itu, soal kebersihan, lif dan lain-lain tidak diselenggara dengan sempurna, isu tempat letak kereta yang dijanjikan kepada setiap pemilik juga tidak disediakan sebagaimana dijanjikan .

Pemilik mendakwa pakir tidak mencukupi sehingga pemilik menghadapi masalah untuk meletak kenderaan.

Difahamkan setiap pemilik dijanjikan satu pakir secara automatik.

"Kini apabila parkir telah diswastakan pemilik mula menghadapi masalah kerana pakir yang janjikan tidak mencukupi," katanya.

Difahamkan hanya 100 pakir disediakan sedangkan jumlah pemilik apartment dan kedai melebihi jumlah itu.

"Inilah antara dilema yang kami hadapi," ujarnya.

Sementara itu, sebuah organisasi khusus bagi penduduk Plaza berkenaan telah ditubuhkan pada 29 Mac lalu yang dianggotai 10 orang anggota, bagaimanapun tujuh daripadanya telah meletak jawatan. Mesyuarat baru akan diadakan pasa 26 April depan.

Turut hadir pada perjumpaan itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Semantan, (Adun) Syed Hamid Mohamad.

Ketika ditemui, Syed Hamid berkata, isu berkaitan penduduk Plaza Temerloh ini telah lama berlaku, ia boleh diselesaikan jika semua pihak termasuk pihak berkuasa campur tangan.

Difahamkan Majlis Perbandaran Temerloh adalah sebahagian daripada penghuni Plaza berkenaan.

Plaza Temerloh dibina pada 1996, setinggi 10 tingkat, ia menempatkan ruang niaga, apartmen dan pejabat. Bagaimanapun ramai peniaga di Plaza berkenaan terpaksa gulung tikar akibat kekurangan pelanggan. - mns

No comments: