Basiron Abdul Wahab Tue | Apr 01, 08 | 3:52:52 pm MYT | |
TEMERLOH, 1 April (Hrkh) - Lebih 20 peniaga di pasar Temerloh mahu pihak berkuasa menangani segera masalah air bertakung khususnya di premis perniaga sayur. Menurut peniaga, masalah tersebut telah dialami sejak berpindah ke premis berkenaan kira-kira tiga tahun lalu dan dalam tempoh itu sudah banyak kali aduan dibuat kepada pihak berkuasa tetapi masalah tidak dapat diselesaikan. Peniaga sayuran, Cheng In Lian 68, mendakwa air tidak pernah kering di atas lantai gerainya malah bertambah buruk apabila peniaga lain membersihkan gerai masing-masing pada waktu petang. "Bila dia orang membersihkaan gerai, air akan mengalir dan bertakung digerai saya," katanya kesal. Perkara sama dihadapi peniaga daging, sayur lain dan mereka amat kecewa dengan apa yang berlaku. Mereka berpendapat punca kepada masalah itu ialah saliran air di dalam premis berkenan tidak sempurna atau tersumbat. Peniaga mengadukan masalah itu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kuala Semantan yang baru, Syed Hamid Mohamad. Menurut Syed Hamid beliau akan berbincang dengan pihak Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) bagi mencari jalan penyelesaian terhadap masalah para peniaga terbabit. Katanya, daripada tinjauanya, beliau mendapati wujud kelemahan reka bentuk saliran /longkang di premis berkenaan di mana lokang yang dibina tidak sempurna menyebabkan masalah air bertakung. Selain masalah saliran di dalam bangunan masalah longkang di luar bangunan menjadi rungutan peniaga. Ini kerana air tidak dapat mengalir dengan lancar kerana longkang yang dibina tidak mengikut spesifikasi. "Saya dapati masalah ini timbul akibat sistem longkang yang tidak sempurna, longkang tersumbat ataupun longkang yang dibina tidak dapat mengalirkan air dengan lancar disebabkan muara dibina lebih tinggi daripada bahagian hulu longkang menyebabkan air bertakung. "Takungan air menjadikan persekitaran tidak selesa, berbau busuk malah boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk, MPT sebagai pemilik premis seharusnya mengambil tindakan segera," ujarnya. Sebelum itu Syed Hamid menziarahi mangsa ribut di Kampung Paya Kemuning, dalam kejadian itu sekurang-kurangnya dua buah rumah di kampung tersebut mengalami kerosakan pada bahagian atap kerana dipukul ribut. - mns |
Tuesday, April 1, 2008
Peniaga merungut masalah air bertakung dalam pasar (Harakah)
Peniaga merungut masalah air bertakung dalam pasar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment