Monday, July 18, 2011

Ragut - Syabas kepada penduduk Temerloh bertindak cepat..

Pada jam lebih kurang 10.50 pagi, saya di disimpang mahu naik ke Pusat Kesihatan Mentakab, apabila tiba-tiba nampak seorang perempuan melayu diheret ke tengah jalan oleh seorang pemuda (Melayu nampaknya), bertopi keledar yang memegang hand-bag hitam perempuan tersebut, sambil memegang sebilah pisau (kalau tak salah). Lampu trafik merah pada masa itu. Perempuan itu juga seorang penunggang motosikal.

Apa yang dibanggakan adalah tindakan rakyat Temerloh yang lain di lampu trafik itu yang bukan sahaja membunyi hon tetapi memandu kereta mereka(bukan satu tetapi beberapa) cuba menghalang insiden tersebut. Rakan pencuri tersebut yang membawa motosikal di tekan bergerak kehadapan - dan sebuah kenderaan lain juga bergerak cuba menghalang motosikal ini sehingga melanggarnya di bahagian depan.  Pemandu motosikal yang motornya dihalang telah meninggalkan motor ditempat kejadian dan lelaki yang merampas beg itu terpaksa melarikan diri. Beg tersebut telah dicuri. Akibat tindakan pembawa-pembawa kereta-kereta tersebut, yang telah bertindak dengan berani dan tanpa mengira kerosakan yang bakal dialami kenderaan mereka, syabas harus diucapkan.

Saya biasa melihat pembawa motosikal yang lain bertindak tetapi ini adalah kali pertama saya melihat pembawa kereta bertindak. Jika di Kuala Lumpur atau pekan besar, saya percaya orang yang tidak terlibat, khususnya pembawa kereta akan jarang bertindak dan akan tengok-tengok sahaja. Syabas lagi kepada rakyat Temerloh ini.

Saya ke hospital membawa emak saya dan bila saya pulang ke tempat kejadian, lebih kurang 5 minit kemudian, polis (2 orang polis trafik) sudah pun berada ditempat kejadian - syabas kepada polis yang cepat bertindak dan sampai cepat di tempat kejadian.

Wanita mangsa nampaknya tidak cedera teruk - nampak berjalan-jalan. 

ISU: Mengapa kini terdapat banyak kes ragut, kecurian - di mana kebanyakkan masa adalah orang Malaysia? Satu sebab adalah kerana tidak boleh dapat kerja - atau mungkin ada kerja pun gaji tak cukup... Kerajaan BN mesti menyedari hakikat ini, dan (1) memastikan gaji minima dijadikan kenyataan sekarang - sekurang-kurang pada tahap gaji minima, (2) Berhenti kenaikan harga barangan, ASTRO, bekalan letrik,... yang memberikan tekananan tambahan kepada rakyat yang sudahpun menderita kesempitan wang, (3) berhentikan amalan membenarkan  'outsourcing agent" dan pihak ketiga yang mencari pekerja dan menjadi 'majikan' untuk pekerja-pekerja yang kerja dikilang dan tempat kerja yang lain - kekalkan majikan harus merupakan kilang, ladang atau tempat bekerja - dan bila mengambil pekerja biar sebagai pekerja kekal - bukan pekerja sambilan ...bukan pekerja kontrak jangka pendek, dan (4) berhentikan amalan membenarkan majikan dan/atau ejen dengan senang mengambil dan mengunakan pekerja asing bergaji rendah tanpa mula-mula memastikan rakyat tempatan yang mencari kerja diberikan peluang pekerjaan ini dengan gaji yang adil. Dahulu, majikan, sebelum dibenarkan mengambil pekerja asing perlu membuktikan bahawa usaha telah dilakukan mencari pekerja tempatan - kena buktikan ada iklan mencari kerja, sama ada ada orang yang memohon, dsb... kini ejen dibenarkan mencari 500, 1,000, 1,500 - di mana ini tidak mungkin kerana biasa kehendak pekerja di sesuatu tempat kerja adalah 237, 19, 56....
Masalah peningkatan kes ragut, curian ...adalah bukti kegagalan kerajaan BN, yang harus menumpukan perhatian kepada keadaan orang-perseorangan, keluarga dan insan biasa di Malaysia - bukan sahaja syarikat besar dan projek besar...

Wednesday, July 6, 2011

Keamanan ala Najib (dan BN) tanpa asas keadilan dan hak asasi bukan apa yang rakyat mahukan

Jika Najib majikan di sebuah syarikat - beliau tidak mahukan pekerja berkesatuan atau bersatu. Beliau tidak akan membenarkan apa-apa aktiviti penyebaran maklumat di antara pekerja. Beliau akan melantik sendiri kroni menjadi wakil pekerja, dan akan hanya berurusan dengan wakil pekerja lantikan beliau - bukan wakil pekerja pilihan semua pekerja kilang. Beliau akan memahukan 'keamanan' - yang bermaksud semua pekerja harus diam-diam kerja sahaja, dan menumpukan perhatian kepada kerja sahaja. Beliau tidak mahu pekerja merunggut - atau meminta apa-apa hak, faedah pekerjaan, perubahan keadaan tempat kerja, ... Terima sahaja apa yang diberikan majikan, dan kerja dengan baik dan aman demi kepentingan kilang (dan keuntungan majikan di mana ini tidak akan dinyatakan tetapi adalah jelas). 

TETAPI, Najib bukan majikan kilang, tetapi Perdana Menteri Malaysia, di mana Malaysia adalah sebuah negara demokratik, bukan sebuah negara di bawah 'diktator' dan bukan negara 'feudal'. Tetapi, malangnya cara Najib dan kerajaan BN mentadbir negara bukan cara bagaimana sebuah negara demokrasi ditadbir.

Keamanan yang dikehendaki Najib bukan 'keamanan" sebenar - tetapi 'keamanan' palsu yang mahukan rakyat diam sahaja, jangan mengritik, jangan mengeluarkan pendapat bercanggahan dengan kerajaan,....terima sahaja apa yang kerajaan memberikan. Ini adalah 'keamanan' sama yang seorang 'diktator' atau kerajaan feudal mahukan. Ini adalah 'keamanan' supaya kedudukan yang memerintah tidak akan dicabar. Ini adalah keamanan yang tidak mendahulukan rakyat - tetapi mereka yang berkuasa dan kroni mereka.

Keamanan sebenarnya mestilah berasaskan keadilan dan hak asasi. Bila terdapat keadilan dan hak asasi rakyat, maka akan adanya keamanan sebenarnya.

Berhenti memperdayakan rakyat dengan mengunakan perkataan "keamanan" apabila


Pergerakan rakyat -lwn- Najib dan kerajaan BN - Najib ada kuasa menyelesaikannya

Kerajaan  BN pimpinan Najib telah melakukan kesilapan besar apabila bertindak menentang pergerakkan rakyat Malaysia yang prihatin dan yang mahukan sistem pilihanraya di Malaysia menjadi lebih 'bebas dan adil" (free and fair election) di mana pergerakkan ini digelar "BERSIH 2.0". 

Pergerakkan rakyat ini nyata bukan sesuatu yang dipimpin atau dimulakan oleh pihak pembangkang - tetapi oleh masyarakat umum, yang terdiri daripada kumpulan-kumpulan masyarakat awam(civil society), NGO - di mana pihak yang menyeleraskan program (bukan memimpin) adalah bukan sama sekali mereka daripada parti politik pencabar kuasa politik UMNO dan parti-parti BN yang lain.

Isu yang dibawa mereka nyata bukan satu isu  'sensitif', berunsur perkauman atau agama tetapi sesuatu isu am dan berprinsip, iaitu hasrat bahawa sistem pilihanraya di Malaysia harus di jadikan lebih baik dan lebih adil - di mana ini adalah isu yang seharusnya Najib dan BN juga menyokong. Malangnya, respon BN telah menimbulkan tanda tanya di dalam minda mereka yang sebelum ini tidak mengambil pendirian. Mengapa kerajaan BN membantah tuntutan ini? Mungkinkah apa yang yang diperjuangkan oleh kumpulan rakyat ini benar, di mana sistem pilihanraya di Malaysia sememangnya kurang adil - adakah BN yang sekarang memerintah akan memerintah jika sistem pemilihan adalah adil. Keengganan pihak BN menerima pendapat pejuang pilihanraya bebas dan adil telah secara langsung atau tidak langsung mengugat kedudukkan Najib dan BN sendiri - kerana ramai sudah mula memikirkan bahawa hakihat mereka masih memerintah - bukan lagi kerana mereka mempunyai sokongan majorii - tetapi kerana mereka telah memanipulasikan sistem pilihan untuk memastikan kemenangan terus BN di Malaysia.

Adakah jika semua rakyat boleh memilih terus siapakah yang akan menjadi Perdana Menteri Malaysia, saudara Naib akan dipilih? Kemungkinan besar tidak..

Apabila kita melihat berita TV, radio dan suratkhabar utama, kita melihat bahawa Najib dan BN senang sekali boleh mengadakan perhimpunan besar-besar dengan rakyat - tetapi pihak lain, saperti parti pembangkang atau NGO atau kumpulan rakyat tidak boleh berbuat demikian.

Nyata BERSIH 2.0 mempunyai sokongan ramai - dan (A) hasrat utama mereka adalah supaya pendapat mereka didengar semua dan dipertimbangkan, (B) bahawa rakyat Malaysia sedar bahawa pendapat ini bukan pendapat beberapa orang sahaja tetapi pendapat ramai penduduk Malaysia, ... di mana satu cara cara bagaiman mencapai hasrat (B) adalah dengan perhimpunan besar-besaran yang aman yang secara jelas akan membuktikan ini. Kalau tidak, pihak Najib dan BN akan dengan senang menyatakan bahawa ini hanya pendapat segelintir sahaja - bukan pendapat disokong ramai di Malaysia.

Mereka yang memanggil kempen ini "BERSIH 2.0", pada mulanya mahu mengadakan perarakkan rakyat daripada Kuala Lumpur berjalan secara aman terus ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Di Pertuan Agung.

Ingin dinyatakan bahawa hak berhimpun secara aman adalah satu hak asasi yang diiktiraf, juga terkandung di dalam perlembagaan Malaysia. Malangnya, kini wujud satu undang-undang yang menyatakan bahawa hak ini memerlukan kebenaran pihak polis, di mana undang-undang ini harus segera dimansuhkan. Hak asasi seharusnya tidak dibelenggu dengan syarat perlu mendapatkan kebenaran pihak polis. Kehendak  bahawa niat mengadakan perhimpunan awam dimaklumkan kepada pihak polis mungkin adalah wajar - tetapi bukan untuk mendapatkan kebenaran polis. Setelah dimaklumkan, polis boleh memastikan hak ini dilaksanakan dengan memastikan tidak ada yang mengacau mereka yang mahu melaksanakan hak ini, memastikan perjalanan perarakkan ini dilakukan dengan teratur - mungkin dengan memastikan semua berjalan di tepi jalan (atau mungkin lorong tepi jalan), mungkin dengan menutup jalan beberapa minit membenarkan perarakkan berlalu, ... (Semua ini biasa dilakukan untuk perarakan kebumian, juga perarakan agama, juga acara sukan, juga perarakkan 'merdeka', juga apabila ada mesyurat besar-besaran diadakan... dan bukan sesuatu yang tidak boleh dilakukan oleh pihak polis)

Malangnya, di dalam keadaan ini, polis (atau sebenarnya Najib dan kerajaan BN) tidak mahu berbuat demikian - dan halangan demi halangan diletak untuk menghalang perhimpunan aman ini dan perararakan aman ini untuk pergi berjumpa Yang Di Pertuan Agung.

Kini "BERSIH 2.0" telah diharamkan sejak 1/7/2011, ramai yang berkempen untuk mendapatkan sokongan untuk pilihanraya bebas dan adil serta acara yang dicadangkan telah ditangkap dan ditahan dan juga dituduh di Mahkamah, 6 juga telah ditahan di bawah undang-undang tanpa bicara saperti ISA, media massa digunakan untuk memburukkan nama dan tujuan pergerakkan ini serta juga menakutkan orang ramai supaya tidak memberi sokongan kerpada kausa ini,...

Yang Di Pertuan Agung telah baru-baru ini menyatakan kerisauan mengenai perhimpunan dijalan, di mana setelah mengadap dihadapan Yang Di Pertuan Agung, pihak BERSIH berkompromi besar dan bersetuju untuk tidak mengadakan perhimpunan jalanan dan menerima cadangan Najib untuk mengadakannya di Stadium. Najib kata boleh asalkan aktiviti ini dijalankan secara aman.

TETAPI selepas itu keluarlah syarat-syarat baru dan halangan tambahan - 
(1)  kena mendapat kebenaran polis, 
(2)  BERSIH 2.0 masih diharamkan
(3) Stadium di Kuala Lumpur tidak mahu diberikan oleh pihak pentadbiran Stadium (kononnya);
(4) Penahanan dan pertuduhan mereka yang dikatakan terlibat dengan BERSIH masih berterusan,
(5) Media massa masih digunakan untuk memburukkan BERSIH

Nampaknya perutusan dan niat Yang Di Pertuan Agung langsung tidak dihormati oleh Najib dan kerajaan BN..

Nampaknya, BERSIH yang sudah berkompromi besar menyahut kehendak Yang Di Pertuan Agung telah kini 'tertipu' oleh Najib dan kerajaan BN.

Acara cadangan sepatutnya diadakan pada 9/7/2011 - Apa yang akan berlaku kita tidak tahu lagi? Harap semua berjalan secara aman tanpa kekerasan dan penindasan..

Saya tidak tahu apakah niat sebenarnya Najib dan kerajaan BN - adakah niat mereka sengaja mahu menyebabkan kekacauan? Sungguh senang kini, untuk membukan Stadium Merdeka dan membenarkan penyokong gerakan mahukan pilihanraya bersih dan adil berhimpun di sana  beberapa jam - selepas itu membenarkan satu delegasi kecil (mungkin 25 - 40 orang) pergi ke Istana menghantar memorandum. 

Masalah kini adalah kemungkinan besar berpuluhan ribu, yang sudah lama membuat perancangan (beli tiket, dsb...) sudah mula bergerak ke Kuala Lumpur untuk acara ini tetapi Najib (dan kerajaan pimpinannya) menyebabkan keadaan tidak pasti dan kelam kabut, ...

Kepastian diperlukan sekarang - kalau tidak saya risau. Najib harus segera membenarkan Stadium Merdeka digunakan...

Segera membebaskan mereka yang ditahan - segera menarik balik tuduhahan Mahkamah ... segera menurut niat Yang Di Pertuan Agung..

Jangan terus menaikkan kemarahan rakyat Malaysia...Hak asasi rakyat berhimpun secara aman - dan seterusnya hak rakyat menghantar memorandum kepada Yang Di Pertuan Agung harus bukan sahaja diiktifaf tetapi dihormati.

Buktikan bahawa slogan BN "Rakyat di utamakan..." bukan hanya slogan tetapi adalah benar-benar prinsip dan pendirian Najib dan kerajaan BN. 









Friday, June 10, 2011

HA Fernandez, Pusat Kesihatan Temerloh...meninggal dunia

My father, Fernandez HA of Temerloh, is no more but he will be remembered...

It is a sad day for my father just passed away at 3.30am (10/6/2011, Friday), and his funeral will be at the Our Lady of Perpetual Help Church, Church, Jalan Tanjong Kerayong, Mentakab at 3pm on Saturday(11/6/2011)

He was a great man, and he influenced me a lot to make me who I am today. A simple hospital assistant(now they are called Medical Assistant or then commonly known as "Dresser"), he worked for over 20 years at the Pusat Kesihatan, Temerloh. Before that he was in Triang, Kuantan and Frasers Hill for a while. After retirement, he was on contract working at the then Mentakab Hospital for some years.

He was ever willing to help anyone that came for help. Even after office hours, when the Dispensary was closed, he never once complaint whenever people came requiring medical treatment and/or assistance. It could even be 2 or 3 am, but he will uncomplainingly get up and go and provide the required medical care - and, if they needed to be sent to the hospital, he will call the ambulance and wait for it to come with the patients and only then come back to go to sleep.
Even when we were driving around, and he came across persons, most of whom were strangers, walking, he will stop and offer a lift. 

He did not see people based on their ethnicity or religion but as human persons. Your position or title did not matter to him. He played tennis with the HRH the Sultan of Pahang, and was a great sportsperson, winning even tennis competitions when he was past 50 years of age. In his younger days, he was a footballer, and at one time he was playing for the then famous Kampar Indians. His footballing career came to an abrupt end when he injured his shin badly - that required many stitches.(Well, this injury had an impact on me as my parents never encouraged me to play football - though I did  on the quite in the Padang Besar Temerloh. 

It is because of him that today I too see human persons as human being irrespective of the colour, ethnicity, religion or status. 

I have so much to be thankful to my father for he did educate me and nurtured me to also have positive values - and to help because it was the right thing to do - not for reward not for praises.

I am truly going to miss my father, who passed away at the age of 82 (but somehow, as it was common then, I believe that he was at least 85 as he often said that he was the same age as Dr Mahathir).

He may have retired some 20 over years ago, but interestingly many still do remember him. Even when I went to the police station to report his death, the officer there knew him - so did many others. People never forget his kindness...and his ever-willing to help attitude...and this is comforting. He may not be a 'Datuk' or got some titles from the government - but that does not matter to people, who show respect if you had lived your life as a good man. 

He is gone now - but his memories and his values will certainly live on in me, my siblings and the many others that have been touched by him especially here in Temerloh.

Tuesday, May 31, 2011

Mana dia perkhidmatan bas berkesan untuk Temerloh? satu lagi kegagalan BN

Perkhidmatan bas di Temerloh pada satu masa dahulu lebih cekap berbanding dengan sekarang...Kita tahu pukul berapa bas akan sampai di sesuatu perhentian bas kerana dulu ada papan tanda dihampir setiap perhentian bas (bus-stop) menyatakan jadual perjalanan bas - sehingga jadual bas akan sampai di sesuatu perhentian - tetapi lama-lama kelamaan ini telah berubah dan kini kita terpaksa tunggu di 'bus-stop' dengan harapan bas akan sampai. Ini perlu berubah - tambahan lagi apabila harga minyak semakin lama semakin naik dan kenikmatan mengunakan kereta/motor peribadi semakin lama membebankan rakyat.

Sistem pengangkutan awam diberikan perhatian kurang atau sengaja telah dijadikan kurang cekap oleh kerajaan BN mungkin kerana mahu memastikan bahawa rakyat Malaysia akan terpaksa membeli kereta keluaran Malaysia - Proton, Kancil, Naza,.... dan nampaknya ini telah berjaya kerana kini hampir setiap isi rumah ada mempunyai kereta atau motor peribadi - dan kereta/motor pilihan ramai adalah jenama Malaysia (Proton, Kancil,...) kerana harga lebih murah daripada kenderan diimpot. Syarikat Proton dan jenama tempatan meraut keuntungan besar - tetapi makin lama, harga kenderaan juga bertambah...dan kerajaan BN boleh menghebohkan kejayaan projek kereta nasional....

Tetapi, lama kelamaan harga pemilikan dan pengunaan kenderaan peribadi semakin lama semakin tinggi....Harga Minyak naik ...jalanraya percuma menjadi jalanraya bertol...dan tol makin lama makin naik ...tempat letak kereta percuma menjadi tempay letak kereta berbayar - di mana kadarnya kini RM0.42 sejam - satu hari kerja 9-10 jam (lebih kurang RM4) di Temerloh. Di Kuala Lumpur, kini harga meletak kereta sudah disetengah tempat menjadi RM4 atau RM5 setiap jam...
Kini di Temerloh juga masalah tempat letak kereta sudah menjadi masalah - bukan senang mahu cari lagi...bukan sahaja di kawasan bandar tetapi juga di Hospital Pakar baru kita di Temerloh.

Pengangkutan awam bukan pilihan  rakyat kerana apa yang ada adalah sangat tidak cekap - dan pihak kerajaan (termasuk kerajaan tempatan di Temerloh) nampaknya masih lagi tidak memberikan penumpuan untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam...Saya percaya jika rakyat Temerloh dapat melantik ahli Majlis Perbandaraan/Daerah sudah lama ahli kini telah diundi keluar kerana kegagalan ini...

Apa yang boleh dibuat? 
'Transformasikan' sistem perkhidmatan bas kawasan Daerah Temerloh, di mana mula-mula perjalanan bas mestilah kerap dan effisyen, di mana mesti ada bas sekurang-kurangnya setiap 20 minit, dan kualiti bas mestilah baik - mempunyai 'air-con', dsb. Tiket perjalanan bas mungkin tiket harian, bulanan dan juga sekali naik, di mana seseorang itu boleh naik turun tukar bas semua mengunakan tiket sama untuk hari tersebut.

Kita mesti mempunyai perkhidmatan bas ke HOSHAS (Hospital Pakar Temerloh)...dan melalui Pejabat Pos, Pejabat Daerah, Majlis Perbandaran, Bank, Pasar, Sekolah, Balai Polis, Stesyen Bas Luar Bandar, Kawasan perumahan termasuk kampung, tempat/kilang kerja, dsb, masjid/surau/kuil/gereja, ....kekerapan mungkin lebih masa pergi-balik kerja dan sekolah.
Apa yang perlu adalah 'bus stop' yang terteduh dari panas matahari dan hujan, di mana akan kita mempunyai jadual masa perjalanan bas, serta peta laluan perkhidmatan bas... mungkin juga boleh digunakan papan tanda 'elektronik' yang juga akan mempaparkan maklumat berapa minit bas akan sampai... Kini di antara kem tentera batu 3 sampai ke simpang 4 selepas Petronas (untuk perjalanan dari Mentakab ke Temerloh) tidak ada satu pun 'bus-stop' berteduh....  kegagalan majlis perbandaran Temerloh???

Cadangan laluan boleh dibincang kemudian - tetapi objektif adalah supaya ianya mudah untuk orang ramai - dan ini akan mengurangkan keperluan menggunakan kereta peribadi, di mana ini bukan sahaja akan mengurangkan pengunaan minyak (untung juga kerajaan kerana subsidi pun kurang digunakan dan untuk rakyat kerana kos penghidupan pun berkurangan...)

Tanggungjawab siapa? Semestinya Majlis Perbandaran/Daerah Temerloh .... tak payah 'tender' atau kontrak, Majlis boleh menyediakan dan mengekalkan perkhidmatan bas kawasan Temerloh...

 


Friday, May 27, 2011

Jabatan Bekalan Air di Temerloh kurang cekab berbanding dengan TNB

Aduan paip bocor dibuat kepada Jabatan Bekalan Air Pahang - tetapi masalahnya adalah bahawa setelah beberapa hari...beberapa minggu kadang-kadang tidak ada apa-apa yang dilakukan...

Berbanding dengan Tenaga Nasional Berhad - bila aduan dibuat, respon biasa pada hari tersebut beberapa jam kemudian (dan paling lewat 1 - 2 hari) dan masalah bekalan letrik atau masalah lampu jalan rosak akan diselesaikan dengan cepat...

JBA - apabila aduan dibuat - mereka akan mendapatkan kontraktor untuk datang membetulkan paip rosak tetapi biasanya jalan rosak akibat kerja pembaikkan tidak dilakukan serentak dan terpaksa menunggu pula kontraktor lain.

Di kampung Lubuk Layang, sebagai contoh, mula-mula kontraktor membaiki paip datang dan membetulkan paip tetapi paip terdedah kerana jalan rosak tidak dibaiki.... Kemudian datang kontraktor membaiki jalan yang akan menutup paip yang telah dibaiki. Tetapi apabila kontraktor kedua itu datang, kenderaannya berjalan atas paip terdedah - dan paip pecah lagi.... dan kotraktor itu pulang sahaja meminta penduduk membuat lapuran baru mengenai paip pecah kepada JBA.... Aduan kedua dibuat...datang kontraktor membaiki paip lagi dan paip dibiarkan terdedah.... kontraktor membaiki jalan dan tutup paip akan datang...tapi tak tahu bila .... semua ini memakan masa yang terlalu lama... Adalah harapan JBA menambahkan efisiensinya dan sendiri datang cepat pada hari aduan dibuat dan membuat pembaikan perlu (termasuk membaiki jalan dan menutup paip yang sudah diperbaiki tersebut)  segera....tak payah beri tender atau kontrak untuk kerja-kerja memperbaiki paip rosak...ini boleh dilakukan oleh pekerja JBA sendiri....dengan cekap dan cepat..

Bila paip bocor - air terbuang begitu sahaja dan ini membuang wang kerajaan....kepantasan membaiki setelah menerima aduan akan menjimatkan wang kerajaan....wang rakyat...

Kalau mahu mengeluarkan tender....biar untuk projek-projek besar bukan kerja membaiki paip rosak kecil setempat...

Kalau TNB (dan juga TELEKOM) boleh bertindak cepat berikutan aduan rakyat tidak ada sebab mengapa JBA juga tidak boleh bertindak cepat - dalam masa tidak lebih daripada 24 jam....

Tak tahu apa sumbangan kerajaan - dan bagaimana mendapatkan apa yang saya berhak mendapat kerana...

Dari masa ke masa, kerajaan BN ada memberikan sumbangan kepada warga mas...atau kepada gulungan tertentu yang memerlukan....tetapi masalahnya ada bahawa ni dilakukan secara 'senyap-senyap' di mana akibatnya ramai daripada mereka yang berhak mendapat sumbangan bantuan kewangan atau bantuan lain tidak menerimanya.

Mengapa tidak sahaja memaparkan 'banner' (kain rentang) di lokasi perlu mengenai informasi sumbangan/bantuan ini dan meminta mereka yang berkelayakkan untuk menghubungi pejabat/jabatab/kementerian berkenaan untuk mendapatkan bantuan ini sekiranya mereka masih lagi tidak menerima apa-apa surat ....? 

Sekiranya, sumbangan adalah untuk warga mas - kenapa tidak sahaja menghantar melalui pos berserta wang pos/cek/kiriman wang kepada warga mas berkenaan? Nyata nama dan alamat boleh didapati daripada senarai pengundi setempat? Untuk yang tidak berdaftar - process mendaftar secara terbuka boleh diadakan untuk memastikan semua yang berhak mendapatnya dan tiada siapa ketinggalan...

2 sumbanagan kepada warga mas di kawasan Temerloh baru-baru ini, saya mendapati ramai di kampung saya dan kawasan Temerloh yang bukan sahaja tidak mendapat sumbangan berkenaan - tetapi juga tidak mendapat apa-apa maklumat mengenai wujud sumbangan tersebut...

Satu banner di Bandar Temerloh, satu banner di simpang Temerloh Jaya, satu banner di simpang Batu 3, satu banner di tepi Padang Mentakab, satu banner di tempat-tempat lain kawasan Temerloh akan memastikan semua tahu mengenai sumbangan/bantuan ini dan akan memastikan semua yang berhak menerimanya....

Satu notis juga boleh dihantar kepada setiap masjid, surau, gereja, kuil dengan arahan memaparkan notis berkenaan dipapan notis...

Banyak cara ada tetapi mengapa kerajaan BN yang menyatakan bahawa 'rakyat diutamakan' tidak melakukan ini...

Pada masa ini, apa yang biasa berlaku...

a) surat memaklumkan mengenai sumbangan ini tidak dihantar melalui pos terus kepada bakal penerima sumbangan - tetapi dihantar melalui wakil parti politik BN (Mengapa? untuk memberikan gambaran salah bahawa ini adalah sumbangan parti politik tersebut - bukan kerajaan? Untuk mendiskriminasi antara mereka yang merupakan 'kroni' dan bukan kroni - di mana kroni mendapat sumbangan tetapi 'bukan kroni' tidak akan diberikan maklumat mengenai sumbangan ini? Hak rakyat ada hak rakyat tanpa mengira parti politik mana yang disokong, ethnik, agama, atau 'kawan siapa'....

b) Pemberian sumbangan biasa dibuat di tempat awam di mana penerima diperlukan hadhir sendiri untuk menerima sumbangan tersebut. Bagi yang muda, mungkin boleh tetapi untuk warga mas ini akan menyukarkan bukan sahaja warga mas berkenaan tetapi juga ahli keluarga - dan banyak wang dan tenaga diluangkan untuk hadhir di dewan ini atau itu untuk akhirnya menerima sumbangan kadang-kadang hanya RM100... Ahli politik parti BN biasa hadhir memberikan ucapan....Adakah ini perlu? Bukanjah senang hantar sahaja wang sumbangan melalui pos...