Friday, March 7, 2008

Setengah hilang hak mengundi wakil rakyat mereka ....

Masa sudah hampir untuk rakyat Temerloh mengundi memilih Wakit Rakyat ke Dewan Rakyat dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri - tetapi untuk segelintir peluang berbuat demikian hilang begitu sahaja apabila apabila diteliti rekod pengundi, mereka yang bertahun-tahun mengundi di kawasan pilihanraya Temerloh tiba-tiba mendapati bahawa pada tahun 2008 mereka terpaksa mengundi di Kuantan, Bentong atau Seremban - bukan lagi di Temerloh. Siapakah penjenayah yang menukar tempat mengundi mereka ini ---siapakah yang menipu rakyat dan tidak memberikan pengundi ini hak mengundi wakil rakyat mereka...Pihanraya demi pilihanraya perkara yang sama didengar tetapi pihak SPR nyata tidak membuat apa-apa untuk memastikan bahawa tempat mengundi orang tidak senang-senang ditukar ke tempat lain jauh daripada rumah dan tempat tinggal mereka...

INI ADALAH TIDAK BETUL .... dan kami tak nak...

Harapan adalah pihak SPR akan membuat penyiasatan untuk setiapo satu kes sebegini untuk memastikan siapa yang melakukan penukaran ini- dan mengambil tindakan secara TERBUKA terhadap mereka yang bersalah ini....Siapakah yang bermain dengan rekod SPR..




No comments: