Sekarang berasaskan 4 lapuran polis, 2 di Perlis, 1 di Kedah dan 1 di Kelantan bahawa dakwat ini telah dibeli orang .... di mana "Siasatan menunjukkan kemungkinan mereka hendak gunakan dakwat berkenaan dengan mencalitnya pada jari pengundi,", pihak SPR kini telah membuat keputusan tidak akan menggunakan dakwat khas.
Apakah orang yang "membeli" dakwat tersebut boleh melakukan -- dia mungkin pergi tangkap pengundi yang bakal mengundi pihak lawan dan seterusnya meletakkan tanda dakwat pada kuku mereka supaya mereka tidak boleh mengundi. Dia mungkin tipu orang untuk tandakan kuku dengan dakwat khas sebelum pergi mengundi... Di dalam kedua-dua scenario di atas, apa yang akan berlaku senang sekali dikesan mereka yang telah melakukan kesalahan berkenaan....
Sekarang apabila SPR tidak lagi menggunakan 'dakwat khas' tersebut jelas sekali bahawa seseorang yang mahu menipu boleh pergi mengundi berkali-kali ditempat-tempat yang lain - mungkin dengan mengunakan kad pengenalan berlainan.... di mana ini bukan senang dikesan...
Akhirnya kuasa adalah ditangan SPR.... saya betul mahu melihat lapuran berkenaan yang dibuat dan membandingkan isi kandungan tersebut untuk melihat sama ada ini sebenar satu tindakan orang mahu mendapatkan pihak SPR membatalkan penggunaan dakwat khas tersebut...
Adakah pihak SPR berkecuali? Tindakan parti BN mengunakan media dan kerajaan untuk berkempen adalah SALAH ---- apa ini, ...memecah tanah untuk sekolah baru, pemberiaan tanah kepada orang..., dsb... SPR langsung tidak bersuara... Perkara PARTI dan KERAJAAN harus dipisahkan dalam masa pilihanraya.....
Ianya bukan KERAJAAN lawan parti pembangkang....tetapi Barisan Nasional dan partti-parti dalam BN LAWAN parti pembangkang dan mereka yang bertanding sebagai BEBAS..
SPR nyata tidak berkecuali.....
Bertindak berasaskan 4 lapuran polis berasaskan penyiasatan yang belum siap lagi --- apabila kaedah menggunakan dakwat khas ini ada sejarah panjang dalam proses pilihanraya di India, dsb... berasaskan "kemungkinan" ...."Kita masih menyoal orang awam yang membuat aduan itu bagi mendapatkan kepastian dari mana mereka mendapat maklumat berkenaan,"
Jika ada 40 lapuran polis menyatakan bahawa SPR akan bertindak tidak berkecuali, adakah SPR akan membatalkan pilihanraya sehingga SPR baru boleh ditubuhkan ....
Polis ada alasan kukuh
Oleh Rosli Abdul Jalil dan Fatin Hafizah Mohd Shahar
Tan Sri Musa Hassan |
SPR batal guna dakwat untuk elak kekecohan pada hari mengundi
KUANTAN: Polis mempunyai alasan kukuh apabila meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menimbang semula penggunaan dakwat khas bagi menanda kuku atau jari pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-12 Sabtu ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
"Seperti yang sudah saya katakan, polis menerima empat laporan, iaitu dua di Perlis dan masing-masing satu di Kedah dan Kelantan, daripada orang awam yang menerima maklumat dakwat itu sudah dibeli pihak tertentu.
"Siasatan menunjukkan kemungkinan mereka hendak gunakan dakwat berkenaan dengan mencalitnya pada jari pengundi," katanya dalam sidang media selepas mendengar taklimat mengenai persiapan pilihan raya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini, semalam.
SPR kelmarin memutuskan untuk membatalkan cadangan menggunakan tanda dakwat kekal di kuku atau jari tangan pengundi pada pilihan raya umum Sabtu ini berdasarkan nasihat dari segi perundangan dan aspek ketenteraman dan keselamatan awam.
Tahun lalu SPR memutuskan untuk menggunakan dakwat khas dari India itu bagi menanda kuku atau jari pengundi dalam usaha mengelak penipuan pada pilihan raya umum kali ini.
Bagaimanapun, polis mendapati ada pihak tidak bertanggungjawab membeli dakwat dari luar negara bagi menjalankan aktiviti memujuk dan menyogok orang yang kurang faham mengenai penggunaan dakwat itu untuk dicalit sebelum hari mengundi.
Musa berkata, polis berpendapat perbuatan itu jika berlaku, boleh menimbulkan kekecohan di pusat pengundian pada hari mengundi Sabtu ini.
"Berdasarkan laporan itu, saya menghantar laporan kepada SPR bagi menimbang semula penggunaan dakwat khas berkenaan," katanya.
Mengenai perkembangan siasatan polis, Musa berkata, sehingga semalam pihaknya belum membuat sebarang tangkapan.
"Kita masih menyoal orang awam yang membuat aduan itu bagi mendapatkan kepastian dari mana mereka mendapat maklumat berkenaan," katanya.
Ditanya kemungkinan tindakan membatalkan penggunaan dakwat khas itu akan menimbulkan kritikan daripada pembangkang, Musa berkata: "Tidak ada pakatan sulit berkaitan pembatalan penggunaan dakwat khas itu. Jika pembangkang buat laporan, kita akan siasat juga."
Mengenai persiapan menghadapi pilihan raya, Musa memberi jaminan proses itu akan berjalan lancar kerana polis membuat perancangan teliti bagi memastikan orang ramai dapat mengundi dengan aman dan selamat.
"Saya menasihatkan semua pihak supaya mematuhi peraturan dan undang-undang bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini," katanya.
Sementara itu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail ketika dihubungi Berita Harian,
menyifatkan dakwaan kononnya beliau bersekongkol dengan SPR berhubung pembatalan penggunaan dakwat khas itu, sebagai tidak berasas.
"Saya bukannya sesuka hati membuat keputusan membatalkan penggunaan dakwat itu tetapi ia berdasarkan fakta dan hasil perbincangan bersama dengan SPR dan polis.
"Apa saja yang membabitkan undang-undang, saya tidak mempunyai hak untuk mengubahnya kerana ia sudah termaktub dalam Perlembagaan. Saya tidak tahu mengapa ada pihak yang masih tergamak menuding jari mengatakan saya menipu rakyat.
"Pengundi mempunyai hak mutlak untuk memilih parti yang disokong tanpa perlu pembabitan pihak lain termasuk Peguam Negara sekalipun," katanya.
No comments:
Post a Comment