Saturday, March 1, 2008

Tak ada Letrik ...Tak ada AIR..

Semalam, Sabtu (1/3/2008) tidak ada bekalan letrik di kawasan Lubuk Layang dan Sri Semantan sejak jam 8.00 pagi sehingga kira-kira 4.00 petang, dan selepas itu beberapa minit pada lebih kurang jam 8 malam.

Hari ini, tidak ada air paip.

Ini semua berlaku di bawah pentadbiran kerajaan oleh PARTI BARAISAN NASIONAL.

Saya telah menjelajah ke kawasan sekitar TEMERLOH, termasuk juga singgah sebentar di sekolah lama saya Sekolah Menengah Rendah Jalan Bahagia -- dan apa yang saya melihat adalah bahawa keadaan jalanraya adalah teruk. Begitu juga keadaan sekolah lama saya. Ini sekolah di pusat bandar Temerloh - bagaimana pula keadaan sekolah dan jalan disekitar Temerloh.

Pada tahun 2005, Menteri Pelajaran melaporkan bahawa daripada 4,036 sekolah kebangsaan kerajaan, 794masih tidak ada bekalan letrik dan 1,555 tidak mempunyai kemudahan tandas yang sesuai.... Adakah keadaan sudah berubah...

No comments: