Apakah pendapatan Majlis Perbandaran Temerloh? Apakah perbelanjaan MBT?
Kenapa tidak dipaparkan akaun pendapatan-perbelanjaan MBT di laman MBT? Rakyat berhak mengetahui bagaimana wang rakyat dibelanjakan.
Bagaimana pula dengan lapuran tahunan MBT? Bagaimana pula dengan Bajet 2011?
Rakyat berhak mengetahui....MBT harus bersikap terbuka dan mendedahkan semua maklumat ini....
Sunday, January 23, 2011
Tuesday, January 18, 2011
Keretapi Mentakab- Kuantan -Kuala Trengganu - Kota Baru sudah sampai...?
Akhirnya, nampaknya kerajaan BN sedang memberikan perhatian kepada negeri-negeri Pantai Timur. Kini cadangan membina jalan keretapi daripada Lembah Kelang ke Mentakab seterusnya ke Kuantan, Kuala Treaangganu dan Kota Baru sedang dikaji, di mana keputusan akan dibuat pada lebih kurang bulan Mac.
Kerajaan Malaysia harus memberi keutamaan untuk memperkembangkan sistem keretapi di Malaysia, di mana ini juga adalah sistem yang jelas lebih selamat dan lebih upaya mengatasi masalah kesesakan lalulintas, masalah pengunaan petrol yang banyak oleh kenderaan peribadi, masalah pencemaran alam sekitar, dsb...
Saya percaya bahawa membina landasan keretapi daripada Mentakab ke Kuantan ke Kuala Trengganu dan Kota Baru harus dimulakan terlebih dahulu secepat mungkin. Masalah mungkin dihadapi dalam membina hubungan landasan keretapi daripada Lembah Kelang kepada Mentakab kerana Banjaran Titiwangsa harus dirempuhi....dan munkin kos tinggi, dan kerajaan akan gunakan isu ini untuk tidak melakukan apa-apa untuk penduduk Pantai Timur. Lebih 50 tahun telah berlalu tetapi tidak ada laluan keretapi baru dilakukan.
Kita ada pelabuhan Kuantan, dan oleh kerana itu barangan juga boleh terus bergerak melalui Pelabuhan Kuantan tanpa merentasi Banjaran Titiwangsa.
Saya juga percaya bahawa jalan keretapi Pantai Timur juga harus disambungkan dengan Jalan Keretapi di Thailand melalui Narathiwat terus ke Bangkok...dan seterusnya. Jangan usaha hanya dilakukan untuk kepentingan negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia sahaja.
Saya juga percaya bahawa jalan keretapi Pantai Timur juga harus disambungkan dengan Jalan Keretapi di Thailand melalui Narathiwat terus ke Bangkok...dan seterusnya. Jangan usaha hanya dilakukan untuk kepentingan negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia sahaja.
Mungkin juga harus ada jalan keretapi Pantai Timur yang menghubungi Kuantan, Pekan, Mersing, Kota Tinggi, Johor Bahru...
Kajian Laluan Kereta Api Pantai Timur Siap Mac
KUANTAN, 19 Jan (Bernama) -- Kajian mengenai pembinaan landasan baru kereta api dari Kuala Lumpur ke negeri-negeri Pantai Timur dijangka siap pada Mac ini.
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata kajian mengenai laluan Lembah Klang-Mentakab-Kuantan-Kuala Terengganu-Tumpat itu, yang dijalankan oleh sebuah syarikat perunding sejak Disember 2009 dan sepatutnya siap setahun kemudian, dilanjutkan sehingga Mac tahun ini memandangkan terdapat beberapa aspek yang masih perlu dikaji semula dengan lebih teliti termasuk aspek ekonomi dan kewangan.
"Saya berharap kajian itu akan memberi gambaran satu projek infrastruktur laluan Pantai Timur dapat diwujudkan pada masa depan, dan sekiranya ini dapat dilaksanakan, ia akan memberi keuntungan bukan saja kepada Pantai Timur malah keuntungan jangka panjang kepada negara," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Pelabuhan Kuantan di sini.
Abdul Rahim berkata laluan itu wajar dilaksanakan memandangkan ekonomi di kawasan Pantai Timur sangat aktif sekaligus menjadi faktor pemangkin kemajuan Wilayah Ekonomi Pantai Timur.
"Laluan Pantai Timur itu adalah rangkaian komprehensif bukan sahaja untuk laluan kargo tapi juga laluan penumpang kerana Kuantan, Kuala Terengganu dan Kota Baharu tiada laluan jajaran kereta api yang melalui bandar-bandar sedangkan terdapat keperluan di situ," katanya.
-- BERNAMA - Bernama, 19/1/2011, Kajian Laluan Kereta Api Pantai Timur Siap Mac
Sunday, January 9, 2011
Bila dekat pilihanraya, jalan diperbaiki - rakyat Temerloh bukan senang diperbodohkan
Malangnya banyak kawasan, saperti kawasan Parlimen Temerloh, yang telah memilih Barisan Nasional tahun demi tahun ...pilihanraya demi pilihanraya ... telah diketepikan kerana BN yakin sangat dengan kesetiaan rakyat Temerloh ini...
Jalanraya ke Mentakab dan di bandar Mentakab yang sudah lama memerlukan pembaikkan telah dilupakan sehingga sekarang. Tiba-tiba kerja membaikpulih jalan di kawasan Mentakab dilakukan.... dan ramai berasa marah kerana nampaknya hanya apabila pilihanraya hampir seketul 'hadiah' dilemparkan...
Wahai kerajaan BN, rakyat Temerloh sudah sedar...dan tidak lagi boleh dilayan begini - Rakyat Temerloh, saperti rakyat Malaysia yang lain sudah sedar bahawa bukan sahaja BN yang boleh memerintah. Pakatan Rakyat pun boleh memerintah dan telah berjaya membuktikan keupayaan memerintah negeri Selangor, Pulau Pinang dan juga Kedah. Kelantan - rakyat Kelantan sudah lama percaya dengan kemampuan pembangkang memerintah.
Kini, kuasa di tangan rakyat - dan rakyat sedar bahawa mereka yang 100% menyokong BN tidak akan mendapatkan perhatian kerajaan BN.... tetapi mereka yang mungkin ya...mungkin tidak yang menerima lebih perhatian kerajaan BN ... dan mereka yang telah menolak BN pada Pilihanraya Umum yang lepas mendapat perhatian baling banyak daripada BN. Maka, untuk pembangunan kawasan, secara lojik lebih baik menolak BN...dan memilih calun pembangkang..
Saya ingin menyatakan di sini bahawa kemungkinan besar, saya akan menawarkan diri sebagai calun untuk kawasan Parlimen Temerloh pada pilihanraya akan datang...
Kalau ditanya calun parti mana? Jawapan saya adalah saya masih lagi belum tahu... tetapi saya pasti bukan calun BN... tetapi calun satu daripada parti pembangkang...atau selaku calun bebas. Maklum balas daripada kamu semua, khususnya rakyat Temerluh sangat diharapkan...Emel saya adalah easytocall@yahoo.com
Monday, October 18, 2010
Sekali lagi Temerloh dan Pantai Timur dilupakan dalam Budget
Nampaknya kerajaan UMNO-BN sekali lagi tidak khuatiri negeri-negeri Pantai Timur, dan negeri-negeri lain kecuali Kuala Lumpur.
Jika dilihat, landasan keretapi dan perkhidmatan keretapi Pantai Timur, nyata tidak ada landasan-landasan baru dirancang atau dibina sejak kemerdekaan. Di negara-negara membangun, tumpuan diberikan untuk menambahkan lagi sistem landasan keretapi supaya seseorang boleh pergi antara bandar-badar dengan mengunakan keretapi. Landasan-landasan juga diperbaiki supaya boleh digunakan oleh keretapi-keretapi yang lebih pantas and cekap.
Malangnya, kini pun kita tidak ada landasan keretapi menyambung bandar-bandar utama Pantai Timur saperti Kota Bharu ke Kuala Trengganu ke Kuantan ke Pekan ke Mersing ke Johor Bahru.
Tidak ada landasan keretapi daripada Pantai Timur ke Pantai Barat Semenanjung - Kota Bahru ke Alor Star ke Pulau Pinang, atau daripada Kuantan ke Temerloh ke Kuala Lumpur.
Tumpuan kerajaan hanya nampaknya di Kuala Lumpur - di mana pada tahun akan datang pun RM40 billion akan dibelanjakan untuk 'Mass Rapid Transit System' . Bukankah ke Kuala Lumpur sudah ada sistem LRT dan perkhidmatan KTM Komuter - dan sistem 'highway' yang sudah mencukupi? Pembangunan harus dibahagikan sama rata kepada segala pelusuk negara dan tidak hanya ditumpukan di Kuala Lumpur (atau Lembah Klang).
Dengan sistem landasan keretapi yang lebih baik, pihak 'investor' juga akan lebih berminat membuka kilang-kilang - kerana barangan lebih senang di hantar dari kilang ke pelabuhan dan sebagainya. Rakyat juga akan mendapatkan sistem pengangkutan awam yang lebih baik. Kini perjalanan daripada Temerloh ke Johor Bahru mengunakan keretapi memakan masa lebih kurang 5 - 6 jam, di mana ini dapat dikurangkan kepada 2 atau 3 jam jika landasan dan keretapi yang digunakan diperbaiki.
Kuala Lumpur...(Putrajaya) sudah menerima banyak daripada jana rakyat - dan keadilan memerlukan kerajaan membawakan pembangunan ke kawasan Temerloh dan kawasan-kawasan Pantai Timur yang lain.
Dengan senang, sistem 'tram' boleh dimulakan di Temerloh - dan dengan kemudahan pengangkutan awam yang efisyen, ramai akan mengunakannya dan kereta akan kurang digunakan. Ini akan menjimatkan kos rakyat, mengurangkan jumlah minyak petrol yang digunakan dan juga lebih baik untuk alam sekitar.
Wednesday, July 28, 2010
Kerajaan BN Pahang telah mendiskriminasikan rakyat mengikut keturunan? Kita menunggu jawapan...
Chuah Boon Seong, ADUN Mentakab, telah hadhir di Kampung Lubuk Layang, Batu 3, Jalan Mentakab, Temerloh pada malam ini untuk mengadakan acara temu bual dengan penduduk setempat.
Beberapa soalan telah dikemukankan kepada beliau, dimana satu daripada soalan adalah:-
1- Sumbangan Tahun Baru Cina dan Deepavali untuk Warga Mas tahun 2010
Menurut YB, peruntukan sumbangan untuk warga mas telah datang daripada kerajaan Negeri Pahang, kerajaan BN.
Isu: Mengapa warga mas keturunan India menerima hanya RM100, dan warga mas keturunan Cina mendapat RM150. Ada beberaga wargamas Cina yang hanya mendapat RM100? Mengapa kerajaan 1Malaysia berdiskriminasikan orang menurut keturunan?
Jawapan: Saya tidak tahu. Saya mesti cari jawapan. Ini tidak betul.
Soalan: Bila akan beritahu kami?
Jawapan: Jangan khuathir - you boleh hubungi saya dan saya akan memberitahu. Saya senang dihubungi - emel, talipon
Respon: Boleh terus memaklumkan kepada ketua kampung
Soalan: Ada juga warga mas yang tidak menerima jemputan atau wang sumbangan kerajaan tersebut... Masih boleh dapat
Tiada jawapan khusus - cakap ahli politik putar belit.
Sekarang, kita terpaksa menunggu untuk mendapat jawapan ADUN BN-MCA itu...
Yang nyata wang sumbangan itu datang daripada kerajaan BN Negeri Pahang - jadi persoalannya adakah kerajaan BN ini telah mendiskriminasi rakyat berasaskan kaum. Atau adakah orang bawahan yang memasukkan wang kedalam sampul surat telah memasukkan sebahagian ke salam poket sendiri - di mana lapuran polis atau MACC perlu dibuat.
Friday, July 23, 2010
Jurang antara yang kaya dan miskin semakin lama bertambah
Jurang antara yang kaya dan miskin semakin lama bertambah dibawah pentadbiran kerajaan BN-pimpinan UMNO, yang telah memerintah sejak kemerdekaan.
Kerajaan nampaknya lebih memihak kepada golongan korporat dan yang kaya, dan tidak memedulikan kebajikan mereka yang miskin, rendah pendapatan atau daripada kawasan-kawasan selain daripada Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar.
Satu cara untuk memastikan keadilan adalah untuk mengenakan cukai yang lebih tinggi untuk mereka yang berpendapatan tinggi....
Saya terjumpa satu rencana dalam bahasa Inggeris daripada Persatuan Penguna Pulau Pinang(CAP) yang memberikan maklumat mengenai penambahan jurang di antara yang kaya dan yang miskin
CAP : Resolve widening income disparity gap now
The difference between what the rich and the poor earn (the income disparity gap) remains wide and needs the government’s urgent attention.In a fair and just society, economic growth should benefit everyone. Unfortunately this is not happening in Malaysia in spite of years of economic growth. We have now an aristocracy of wealth where a small group of Malaysians are very rich (22 billionaires at the last count) whilst many others are barely scrapping by. We have on one hand people living in spacious multi-million ringgit homes whilst on the other hand there can be as many as 21 people crammed together in a low cost flat.
The statistics prove that the inequality gap is a major problem:
- The bottom 40% of households have an average income of RM1,222 whilst the top 20% households earn an average of RM8,157
- 58% of households earn less than RM3,000 per month. (In 2009, the government decided that any urban household with less than RM3,000 would be considered poor)
- Income growth has been strong only for the top 20% of Malaysian income earners, particularly since 1990
- The disparity within the urban group remains high with no improvements in the last decade
In 2007, Malaysia’s Gini coefficient was 0.441 in 2007, an improvement of 0.462 was made in 2004. However in 1990, the Gini coefficient was 0.442, which means that we have hardly made any progress in addressing the problem of income inequality since that time. (Gini coefficient is a measure of inequality ranging from 0 to 1, with 0 representing absolute equality and 1 representing absolute inequality); Much needs to be done to enable both the rural and urban poor to break from the vicious circle of poverty. Being poor, they face problems relating to nutrition, health and education. A significant portion of Malaysian children are undernourished with about 15% found to be underweight and stunted. When these children grow up without good academic qualifications, they end up with jobs that do not pay decent wages. They remain poor like their parents and so will their children and grandchildren unless the chain of poverty is broken.
It is not only a question of equity that all Malaysian should get to share the country’s economic growth. If the problem of economic disparity is not seriously looked into, it will lead to social problems for example increase in crime rates. Furthermore, the more equal societies grow faster than less equal ones.
The unresolved income disparity gap clearly shows that we have a structural problem. We should stop pursuing the model of economic development imported from the west but instead adopt a model which meets our own needs and beneficial to all sectors of the population
Thus the government should be spending more money on education and health care programmes specifically designed to help the poor. It should also decrease disparities between rural and urban investments by ensuring that employment opportunities are more widely available in the rural areas.
Funds that are needed to run programmes to narrow the income inequality gap should come from the very rich, who after all have a moral obligation to help their less fortunate country men.
We recommend the following taxes be used to narrow the income inequality gap:
a) Inheritance tax/estate duty
Introduce either inheritance tax (which will be paid by the beneficiaries) or estate duty (which is paid by the deceased’s estate). Many countries (for example the USA, UK France, Germany, Netherlands and Canada) have implemented either the inheritance tax or the estate duty. Malaysia too had the estate duty until it was repealed in 1991.
The proposed inheritance tax /estate duty should have a low starting threshold and a progressive structure. Such a tax will help the country move towards a just society.
b) Personal tax
The government should stop reducing the personal income tax rate for the higher income earners. It should instead increase the rates to collect more funds for income redistribution.
Perkhidmatan Bas-Shuttle untuk pergi balik daripada Hospital Temerloh
Saya cadangkan bahawa pihak Majlis Bandaran Temerloh harus menyediakan bas atau 'shuttle service' bermula daripada perhentian Bas Temerloh (di Lurah Semantan) melalui perhentian Bas (dekat Store) ke Hospital Pakar Temerloh bermula daripada jam 7.00 pagi sampai jam 9 malam, di mana tak perlu Bas Besar - bas kecil juga memadai...atau pun van.
Kawasan letak kereta yang besar perlu dibuat di kawasan berdekatan perhentian bas tersebut, di mana pengunjung hospital digalakkan letak kereta di situ dan ambil bas/shuttle pergi-balik daripada Hospital.
Harus diterima bahawa kawasan letak kereta di perkarangan hospital sudah tidak cukup lagi, dan perlu juga di adakan kawasan tempat letak kereta baru berdekatan. Kedaan bertambah sesak pada masa melawat. Kawasan hadapan pintu masuk hospital masih lapang, dan boleh diperolehi dan dibina bangunan tempat letak kereta bertingkat....atau padang letak kereta biasa.
Perkhidmatan teksi juga boleh disediakan di kawasan hospital.
Subscribe to:
Posts (Atom)