



Bagaimanapun, katanya [Pemangku Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo], apabila Selangor jatuh ke tangan pakatan pembangkang, kerajaan negeri telah melantik Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang baru.
"Kita harap JKKKP yang dilantik menerusi Kerajaan Persekutuan ini dapat terus berbakti memajukan penduduk setempat secara harmoni tanpa mengira fahaman politik,'' katanya.
Ismail menyatakan demikian kepada Utusan Malaysia selepas Majlis Penyerahan Watikah Ketua Kampung JKKKP Daerah Hulu Langat di Hotel De Palma di sini semalam.
Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Pandan, Datuk Mad Aris Mad Yusuf, Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Ahmad Kuris Mohd. Nor dan Yang Dipertua Persatuan Ketua Kampung Daerah Hulu Langat, Ali Kassim.
Ismail berkata, pihaknya turut merakamkan penghargaan kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib kerana mengambil inisiatif terhadap pelantikan JKKKP itu.
"Cadangan juga akan dibuat kepada pihak berkenaan agar semua Ketua Kampung JKKKP itu diberi kursus supaya dapat berperanan dengan berkesan terutama memberi penerangan kepada penduduk setempat mengenai usaha-usaha kerajaan Persekutuan untuk pembangunan rakyat,'' ujarnya. - Utusan Malaysia, 18/7/2008, JKKKP lantik 11 ketua kampung di Ampang
Respon Kerajaan Pakatan Rakyat kepada penubuhan JKKKP adalah tidak mengiktiraf entiti ini...
Selangor memutuskan tidak akan membenarkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) yang dianggap tidak sah di negeri berkenaan dari menggunakan segala kemudahan di bawah pentadbiran kerajaan negeri itu berkuat kuasa hari ini.Dan kini wujud 2 Ketua kampung ...1 JKKK (pilihan Kerajaan Negeri) dan 1 JKKKP (pilihan kerajaan Persekutuan)...Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan negeri, Yaakob Sapari berkata, keputusan itu dibuat kerana kerajaan negeri tidak mengiktiraf JKKKP sebagai satu jawatankuasa yang sah walaupun penubuhannya telah dipersetujui di peringkat Kerajaan Pusat.
"Walaupun ia diluluskan di peringkat Pusat, kerajaan negeri tidak pernah mengiktiraf jawatankuasa berkenaan kerana kita anggap ia tidak sah.
"Sebaliknya, kita hanya mengiktiraf jawatankuasa yang sama yang dilantik oleh kerajaan negeri sendiri yang mana kita akan buat pada 1 Ogos ini dan pengumumannya secara rasmi akan dibuat awal September ini.
"Oleh yang demikian, kita tidak akan membenarkan JKKKP menggunakan sebarang kemudahan yang ditadbir urus oleh kerajaan negeri melalui Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) untuk mengadakan program mereka selepas ini. - Utusan Malaysia, 24/7/2008, Selangor anggap JKKKP tidak sah
Kerajaan negeri melarang Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) daripada menggunakan kemudahan awam di kampung-kampung berkuat kuasa serta-merta.Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, ini kerana kerajaan negeri tidak mengiktiraf pelantikan JKKKP yang dilihat memecah belahkan perpaduan masyarakat kampung.
''Demi memelihara kestabilan serta kesejahteraan rakyat, kerajaan negeri melarang sama sekali JKKKP ini daripada menggunakan kemudahan awam di kampung-kampung. - Utusan Malaysia, 8/8/2008, JKKKP dilarang guna kemudahan awam
Seramai 31 orang pemimpin setempat dilantik sebagai Ketua Kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) kawasan Parlimen Tanjong Karang.Dan sememangnya kerajaan Persekutuan akan gunakan orang yang mereka lantik...dan semestinya berlaku diskriminasi, dan akhirnya rakyat yang menjadi mangsa...Mereka menerima watikah pelantikan tersebut pada daripada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Noh Omar dalam satu majlis di sini semalam.
Dalam ucapannya, Noh berkata, pemimpin yang dilantik sebagai ketua kampung dan Pengerusi JKKKP itu adalah mereka yang pernah mengetuai kampung masing-masing semasa Barisan Nasional (BN) memerintah Selangor sebelum pilihan raya umum ke-12 lalu.
Katanya, apabila Selangor dikuasai kerajaan campuran pembangkang, kerajaan negeri telah melantik ketua kampung dan pengerusi JKKK yang baru.
Beliau berharap mereka yang dilantik oleh kerajaan Persekutuan itu akan terus menjalankan peranan mereka untuk memaju dan membangunkan kampung masing-masing.
"Sekiranya terdapat sebarang masalah berkenaan kampung, ketua kampung boleh berbincang dengan Pengerusi JKKKP atau merujuk kepada Pegawai Pembangunan Persekutuan yang dilantik," katanya.
Noh menegaskan, aspek kerjasama ketua kampung dan pengerusi JKKKP bersama pemimpin setempat yang lain perlu diutamakan supaya perpaduan dapat diperkukuhkan dan kebajikan rakyat terjaga. - Utusan Malaysia, 29/7/2008, JKKKP Tanjong Karang terima watikah
******************Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak akan melayan pengesahan sesuatu permohonan bantuan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di empat negeri yang ditadbir pakatan pembangkang.
Menterinya, Datuk Noh Omar berkata, arahan itu selaras dengan surat pekeliling yang diputuskan oleh Kabinet bagi mengelak bantuan berkenaan dipolitikkan oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga menimbulkan kekeliruan rakyat di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor.
Beliau menjelaskan, pertimbangan untuk meluluskan bantuan atau insentif menerusi kementerian tersebut mesti mendapat pengesahan daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).
Katanya, JKKKP merupakan satu saluran yang disediakan khas bagi memastikan semua rakyat mendapat bantuan secara terus daripada Kerajaan Pusat termasuk dalam pembangunan pertanian. - Utusan Malaysia, 17/4/2009, JKKK di Negeri Pembangkang Tidak Dilayan (Blog Pena Noh Omar), , Sumber :- Utusan Malaysia
| |||||||||||||||||||||||
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung ( JKKK ) adalah satu institusi yang menjadi sebahagian daripada jentera pentadbiran Kerajaan di peringkat yang paling bawah iaitu di peringkat kawasan atau kampung. Penubuhannya melengkapkan sistem dan jentera pentadbiran Kerajaan yang meliputi peringkat persekutuan, peringkat negeri, peringkat daerah dan peringkat mukim. JKKK adalah badan pengurusan di peringkat kampung atau kawasan membantu di dalam pembangunan Negara. Penubuhan badan ini adalah selaras dengan konsep pengwujudan pengurusan yang telus ( good governance ) di mana idea-idea yang konstruktif di peringkat akar umbi dapat disalurkan melaui daerah, negeri dan negara melalui badan-badan yang ditubuhkan di semua peringkat berkenaan. BILANGAN JKKK DAN JUMLAH KEAHLIANNYA
| |||||||||||||||||||||||
1. KEANGGOTAAN JKKK
1.1 Keanggotaan JKKK dihadkan kepada 20 orang termasuk Pengerusi Dan Setiausaha. Di samping itu keanggotaan ini hendaklah juga merangkumi 2 wakil wanita dan 2 wakil belia dan dalam masyarakat berbilang kaum seorang daripada ahlinya hendaklah daripada kaum minoriti. 1.2 Pengerusi dan semua ahli JKKK adalah dilantik oleh Y.A.B Ketua Menteri berasaskan perakuan Jawatankuasa Permilihan JKKK Peringkat Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah. 2. KRITERIA PERLANTIKAN JKKK 2.1. Pengerusi JKKK Seorang calon Pengerusi JKKK perlulah memenuhi syarat-syarat perlantikan seperti berikut :- 2.1.1 Bermastautin dalam kawasan yang berkenaan ; 2.1.2 Tempoh perkhidmatan ialah selama 2 tahun tertakluk kepada perakuan Jawatankuasa Permilihan ; 2.1.3 Mempunyai kebolehan mengurus dan mentadbir ; 2.1.4 Orang yang dihormati dan disegani oleh penduduk kampung dan 2.1.5 Tidak pernah didapati bersalah kerana sesuatu kesalahan jenayah. Walau apapun syarat-syarat di atas, Y.A.B. Ketua Menteri boleh melantik sesiapa juga yang tidak mempunyai sebahagian daripada kelayakan tersebut. Ahli-ahli JKKK perlulah memenuhi syarat-syarat perlantikan seperti berikut :- 2.2.1 Ahli JKKK hendaklah terdiri daripada orang yang dianggap mewakili lapisan atau “ cross section “ penduduk yang tinggal di kawasan itu. 2.2.2 Tempoh perkhidmatan ialah selama 2 tahun. Tempoh perkhidmatan ini boleh dilanjutkan dengan perakuan daripada Jawatankuasa Permilihan JKKK Peringkat Daerah. 2.2.3 Ahli JKKK mesti bermastautin di dalam kawasan berkenaan. 2.2.4 Perkhidmatan Ahli JKKK adalah secara sukarela. | |||||||||||||||||||||||
CARTA ALIRAN PERLANTIKAN JKKK | |||||||||||||||||||||||
|
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung atau JKKK adalah sebuah organisasi kepimpinan di peringkat akar umbi. JKKK telah ditubuhkan untuk membantu penduduk di kawasan luar bandar bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik dan sejajar dengan pembangunan negara.
Ahli JKKK dilantik oleh Ketua Menteri berdasarkan cadangan dari para ADUN. Cadangan ini kemudiannya di sahkan oleh Pejabat Pembangunan Negeri dan Pegawai Daerah.
Jangkamasa perlantikan JKKK ialah dua (2) tahun.
Kriteria ahli JKKK :
- Umur melebihi 21 tahun
- Tinggal di dalam kampung berkenaan
- Sekurang-kurangnya tamat pendidikan rendah
- Mempunyai personaliti yang baik
- Tiada rekod jenayah
JKKK terdiri daripada 15 ahli seperti berikut :
- Seorang Pengerusi
- Seorang Setiausaha
- 13 ahli biasa
Jawatankuasa Kecil JKKK adalah seperti berikut :
- Jawatankuasa Kecil Kebajikan
- Jawatankuasa Kecil Pendidikan
- Jawatankuasa Kecil Pertanian
- Jawatankuasa Kecil Pelancongan dan Industri
- Jawatankuasa Kecil Infrastruktur dan Kemudahan Awam
- Jawatankuasa Kecil Belia, Kebudayaan dan Sukan
- Jawatankuasa Kecil Keselamatan
Tanggungjawab JKKK :
- Merancang projek untuk faedah masyarakat kampung
- Membangunkan dan menjalankan projek yang memupuk semangat bergotong-royong dengan jabatan kerajaan dan organisasi bukan kerajaan (NGO).
- Sebagai orang tengah di antara masyarakat kampung dengan pihak jabatan kerajaan dan NGO.
- Menjalankan kaedah tertentu untuk memilih setiausaha dan ahli jawatankuasa kecil yang lain
- Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sebulan sekali
- Setiausaha perlu memastikan aspek keselamatan kampung terhadap elemen-elemen negatif seperti dadah, pendatang tanpa izin, subversif dan sebagainya. - Portal Rasmi Kerajaan Negeri Melaka
Sejumlah 1,799 orang maut akibat wabak selesema babi atau Influenza A (H1N1) sejak virus baru itu dikesan April lalu, menurut angka terbaru dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), semalam.Jumlah kematian ialah 106 - di mana di Malaysia adalah 67 (Bil. Penduduk 27 juta), ...
Angka yang dikeluarkan di laman web WHO itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding 1,462 seminggu lalu.
Ghana, Tuvalu dan Zambia adalah tiga negara terbaru yang mengesahkan kes pertama H1N1 dan WHO berkata, pandemik H1N1 kini sudah menular kepada lebih 170 negara di dunia.
Jumlah kematian terbesar adalah di Utara dan Selatan benua Amerika iaitu 1,579 orang, diikuti Asia Tenggara (106) dan Eropah (53).
Mereka yang disahkan dijangkiti H1N1 di seluruh dunia kini berjumlah 182,166 orang. - AFP- Berita Harian, 20/8/2009, H1N1: Angka kematian seluruh dunia hampiri 1,800
Tiada kes kematian berkaitan Influenza A (H1N1) dilaporkan sehingga jam pagi tadi dan angka korban keseluruhan kekal pada 67 mangsa.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata sejumlah 1468 penghidap penyakit seperti influenza (ILI) sedang dirawat di 86 buah hospital termasuk enam hospital swasta di seluruh negara.
Katanya, dari jumlah itu, 257 telah disahkan positif H1N1 manakalal seramai 134 pesakit dibenarkan keluar hospital."Daripada 257 kes yang disahkan H1N1, 36 kes berada di unit rawatan rapi (ICU) di mana 7 kes adalah kemasukan baru sementara empat kes dipindah keluar dari ICU.
"Daripada 36 kes yang sedang dirawat di ICU, 21 kes (58%) mempunyai faktor risiko iaitu diabetes (5), penyakit kronik (4), asma (3), hamil dan bersalin (3), obesiti (2), kanak-kanak istimewa (2) dan kanak - kanak di bawah usia setahun (2)," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Dr Mohd Ismail berkata, Kementerian Kesihatan mendapati masih ramai pesakit yang mengalami jangkitan H1N1 yang tidak memberi kerjasama yang baik dalam mengawal penularan influenza A.Katanya, orang ramai perlu sentiasa mengikut nasihat Kementerian Kesihatan dan mendapatkan rawatan segera bagi mereka yang mengalami simptom dan berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi akibat jangkitan H1N1.
"Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan terima kasih di atas kerjasama orang ramai. Tindakan tepat anda dapat membantu kami memberi perkhidmatan yang berkesan," katanya. - Berita Harian, 20/8/2009, H1N1: Tiada kes kematian baru dilaporkan
Nyata negara kita, Malaysia, yang paling teruk di Asia Tenggara(South East Asia)...The Ministry of Public Health confirmed on Wednesday that 14 more people had died from the A(H1N1) swine flu virus last week, bringing the country’s flu death toll from April 26 to Aug 15 to 111.
Of the total new flu victims, seven were male and seven female, according to Phaichit Varachit, the ministry's permanent secretary.
Of the new victims, 12 of them had underlying health problems ranging from obesity and heart disease to diabetes, Mr Phaichit said.
"The situation is stable in Bangkok and the surround provinces but the virus is on the rise upcountry and we expect the outbreak to continue for the next two months until the cool season begins," a government statement said.
The ministry last week reported an accumulated flu death toll of 97. - Bangkok Post, 20/8/2009, Swine flu death toll now 111
Tan had then asked Khairul on the possibility of Teoh committing suicide.Kini, kita diberitahu bahawa Teoh munkin secara sengaja telah terjatuh keluar daripada tingkap semasa membukanya
To this, Khairul agreed and said the "signs are more towards suicide".
And his reasons for this were:1. There was no blood or any signs of broken things near the window at the 14th floor. Also the pen was intact in Teoh's pocket, indicating that there was no struggle,
2. No DNA marks of any MACC officers on Teoh's body, and
3. Injuries on Teoh's body do not show any signs of struggle but were instead caused by falling from height. - Malaysiakini, 14/8/2009, Doc: Not homicide or accident, more a suicide
Tan had then asked the doctor if he thought Teoh's death was accidental, based on his opinion formed after looking at Teoh's injuries and visits to the scene of the incident.Melihat juga hakikat bahawa koroner yang mengendalikan inkues ini adalah hanya Tuan Majistret Azmil Muntapha Abas, di mana kredibiliti beliau juga diragui. Di depan dia adalah 'senior' beliau, dan oleh itu adakah beliau akan bercanggah dengan pendapat (atau 'arahan') senior beliau. Seorang Hakim Mahkamah Tinggi adalah lebih bebas, dan boleh diharapkan berbanding dengan seorang daripada 'Judicial and Legal Services Commission', di mana Peguam Negara adalah juga bos.
To this Khairul said that there were stronger and solid evidence to state that the deceased had an accident.
"This is based on the scene which is the 14th floor. It is difficult for someone who is still conscious to have slipped if he was standing beside the window because the floor is not slippery, it is covered with carpet.
"However, if we want to say that there is a possibility we can still contemplate that because it could have happen when the deceased tried to open the window to the widest and in a sleepy state," said Khairul.
However he added that this argument could be disputed because "if he slipped, the window shoulder which is at the height of his hips/ waist length, there is a possibility that the deceased fell by other ways".
"His head or body could have fallen first. This is just a possibility," he added. - Malaysiakini, 14/8/2009, Doc: Not homicide or accident, more a suicide
Suu Kyi rai hari lahir ke-64 dalam penjara
Pemimpin demokrasi Myanmar, pengawal kongsi makanan
YANGON: Pemimpin demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi, berkongsi makanan dengan pengawal penjara ketika menyambut hari lahirnya yang ke-64 semalam, selepas pemerintah junta enggan membenarkan beliau menerima pelawat, kata anggota kanan parti pimpinannya.
Pemenang anugerah Nobel itu kini ditahan di penjara Insein, atas tuduhan ingkar perintah tahanan dalam rumah selepas seorang lelaki warga Amerika berenang menyeberang tasik dan bermalam di rumahnya Mei lalu.Ketika anggota parti Liga Kebangsaan Untuk Demokrasi (NLD) mengadakan majlis sambutan hari jadi Suu Kyi, jurucakapnya Nyan Win berkata beliau sudah ke penjara untuk membawa nasi bersama lauk, kek hari jadi dan bunga.
"Suu Kyi memesan makanan itu supaya beliau boleh mendermakannya kepada mereka di sekitar penjara, tetapi oleh kerana tiada siapa menemaninya, Suu Kyi akan menyambutnya secara kecil-kecilan di sana," katanya.
Nyan Win berkata beliau tidak dibenarkan menemui Suu Kyi tetapi sudah meminta kebenaran pihak berkuasa untuk berbuat demikian Isnin ini.Saksi berkata di sebalik kawalan ketat , 300 anggota NLD menyambut hari jadi beliau dengan memberi makanan kepada sami Buddha, melepaskan burung merpati, burung pipit dan belon warna-warni.
Aktivis yang memakai baju T kuning juga berdoa untuk pembebasan Suu Kyi sebelum bertepuk tangan dan melaungkan kata-kata: "Semoga Aung San Suu Kyi akan dibebaskan segera" sebelum memotong kek.
Sayap pemuda parti itu pula memuji pemimpin mereka dengan menyanyikan sebuah sajak berjudul 'If' ciptaan Rudyard Kipling yang diterjemahkan Suu Kyi ke dalam bahasa Myanmar.
Saksi berkata, pegawai polis berpakaian preman merakamkan gambar orang ramai memasuki bangunan, manakala polis berpakaian seragam berdiri tidak jauh dari situ di samping lima trak membuat kawalan.Tahun ini bukanlah kali pertama Suu Kyi menyambut hari lahirnya bersendirian. Beliau menghabiskan tempoh 13 daripada 19 tahun di Myanmar menjalani hukuman tahanan dalam rumah, apabila junta enggan mengiktiraf NLD menang pilihan raya 1990. - AFP - Berita Harian, 20/6/2009
Police last night arrested 14 Myanmar nationals for taking part in an illegal gathering to celebrate the 64th birthday of Myanmar activist Aung San Suu Kyi.Petaling Jaya OCPD ACP Arjunaidi Mohamed said some 30 Myanmar nationals had begun gathering near the Taman Jaya lake at about 8pm.
Police at the scene ordered the crowd to disperse. They also arrested 14 Myanmar nationals who did not possess any valid travel documents.
“All of those who were arrested have been brought to the Petaling Jaya police headquarters and will be handed over to the Immigration Department,” he said, adding the remaining crowd dispersed at 8.30pm - Star, 20/6/2009, 14 Myanmar nationals detained in illegal gathering
...A team of 50 police officers broke up a gathering in Petaling Jaya to celebrate Burma’s Nobel laureate Aung San Suu Kyi’s 64th birthday at about 9pm and detained 16 people.
Those arrested are believed to be refugees from Burma who were at the birthday celebration to express their concern for their country’s democracy icon.
The Burmese military regime has kept Suu Kyi in detention for 13 of the past 19 years, and she is now on trial at Rangoon's notorious Insein Prison over a bizarre incident in which an American man swam to her lakeside home.
According to human rights group Suaram, the 16 were arrested even before the event kicked off.
“All those arrested now are detained in the Petaling Jaya district police station and denied access to lawyers. They might be moved to immigration,” said Suaram coordinator Temme Lee.
The 16 were taken to the Petaling Jaya police station where a crowd had gathered outside to press for their release.
The aborted celebration - which was to be held in an open area near Amcorp Mall in Taman Jaya - was jointly organised by Pakatan Rakyat Selangor and Petaling Jaya City Council (MBPJ)...- Malaysiakini, 19/6/2009, 16 refugees arrested at Suu Kyi's 'birthday bash'
On the occasion of Daw Aung San Suu Kyi’s 64th birthday that falls on 19th June 2009, we, the undersigned reiterate our call for the immediate and unconditional release of Aung San Suu Kyi and all other political prisoners and prisoners of conscience in
After achieving its independence from the British in 1948,
Finally, the military junta agreed to hold elections in 1990, and return
On 27th May 1990, the Election Results revealed that out of the 485 parliamentary seats contested, the NLD won 392 (over 80%). Ethnic minority parties opposed to the military junta won 65 more seats. The military-backed NUP only won 10 seats. It was clear indication that peoples of
The military junta's response to this overwhelming defeat was simply to change the rules, and not hand over power to duly elected Aung San Suu Kyi and the NLD. Repression intensified, and many NLD and other elected representatives were arrested. Some have died in prison. Others fled into exile. Today, in
We call for the immediate handing over of power from the military regime to the duly elected Aung San Suu Kyi and the elected representatives.
We reiterate our call for the immediate discontinuation of the trial, and withdrawal of the charges against Aung San Suu Kyi who has been absurdly charged and is now being tried for the offence of breaking the terms of her house arrest, in particular the condition that forbids visitors, after an American man, swam across the lake and entered her house uninvited and refused to leave.
We call for ASEAN and ASEAN member governments, to immediately intervene and urge the government of Burma to respect human rights, and to adhere to the numerous United Nations resolutions, including General Assembly Resolution 49/197 [1995], which, amongst others, “…call on the Government of Myanmar to release unconditionally and immediately the Nobel Peace Prize Laureate Aung San Suu Kyi, who is now in her sixth year of detention without trial, and other political leaders and remaining political prisoners…’
We also call on the United Nations(UN), the European Union(EU) and all concerned nations to act for the immediate withdrawal of this absurd charge, to secure the immediate and unconditional release of all political detainees and to restore democracy and human rights to
Lastly, and most importantly, we wish Daw Aung San Suu Kyi Happy Birthday, and wish for her and the peoples of
Pranom Somwong
Charles Hector
for and on behalf of the following 24 organisations,
Bar Council Human Rights Committee
Burma Campaign Malaysia
Center for Independent Journalism,
Community Development Services,
Development Action for Women Network (DAWN),
Empower
Foundation for Women, Law and Rural Development (FORWARD),
Friends of
Legal Support for Children and Women (LSCW),
MADPET (Malaysians against Death Penalty and Torture)
MAP
Mekong Ecumenical Partnership Program, Christian Conference of
Myanmar Refugee Volunteer Group (MRVG)
National League for Democracy (NLD),LA,
Network of Action for Migrants in
People's Service Organization (PSO),
Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
Society for Christian Reflection (SCR)
Suara Rakyat
Women's
Workers Hub For Change (WH4C)