Monday, July 28, 2008

UMNO akar umbi tak payah pilih Presiden UMNO

Wahai kamu ahli UMNO biasa peringkat cawangan, kamu tidak perlu fikirkan atau membincangkan isu siapa yang harus jadi Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden atau ahli Majlis Tertinggi UMNO. Itu orang lain akan buat.....

Kamu, di peringkat cawangan hanya harus memikirkan mengenai siapakah yang harus menjadi pemimpin peringkat cawangan dan/atau Bahagian sahaja. Kamu juga harus memutuskan siapakan yang akan menjadi wakil kamu di Mesyuarat Agung UMNO nanti.

Pilih sahaja wakil - tak payah memutuskan apakah keputusan atau pendirian wakil mengenai kepimipinan parti di peringkat nasional. Ini tidak munasabah langsung tetapi inilah apa yang telah dikatakan oleh Setiausaha Agung UMNO

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menasihatkan cawangan Umno tidak membuang masa mengemukakan calon untuk mengisi jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden dalam persidangan tahunan masing-masing.

Katanya, mengikut Perlembagaan Umno, cawangan hanya perlu menentukan calon bertanding pada peringkat bahagian, seterusnya mewakili bahagian ke Perhimpunan Agung Umno pada Disember ini.

....Tengku Adnan berkata, tindakan beberapa cawangan mengemukakan calon bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dikhuatiri boleh mengkucar-kacirkan keadaan dan menjejaskan kestabilan dalam Umno. Katanya, Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah mengumumkan pelan peralihan kuasa kepada Timbalan Presiden, Datuk Seri Najib Razak dan berikutan itu jadi tidak timbul soal pencalonan ini kerana bimbang akan mengkucar-kacirkan keadaan.- Berita Harian Online, 28/7/2008 - 'Jangan buang masa kemuka calon tertinggi'

Seterusnya dia menyatakan juga bahawa keputusan Presiden, Timbalan Presiden mengenai peralihan kuasa yang diikuti.

Kesimpulan - Presiden dan Timbalan Presiden sudah diputuskan - ahli jangan sibuk-sibuk...terima sahaja keputusan pucuk kepimpinan.

Ini bukan DEMOKRASI - ini macam persatuan 'diktator' ... tetapi malangnya ahli UMNO saperti Hang Tuah akan biasanya menurut kata pemimpin sahaja...

Tetapi selepas pilihanraya 2008, adakah tsunami politik yang melanda Malaysia juga telah menyedarkan ahli UMNO juga -- di mana kini mereka mahu merampas balik HAK mereka untuk memilih kepimpinan bukan sahaja peringkat cawangan dan Bahagian - tetapi juga di peringkat Nasional.

Presiden, Timbalan Presiden, Majlis Tertinggi UMNO, ketua-ketua Bahagian...yang beria-ia menyatakan mereka mahu Abdullah Ahmad Badawi kekal sebagai Presiden dan Najib sebagai Timbalan Presiden juga kini menghadapi pilihanraya - di mana mereka mungkin akan bertukar pada tahun ini - tidak lagi memegang pangkat sama --- semuanya akhirnya terserah kepada ahli UMNO akar umbi di peringkat cawangan...

Ketua Bahagian yang memberikan sokongan kepada Abdullah dan Najib juga masih lagi belum mendapat mandat daripada ahli dalam cawangan-cawangan dalam Bahagian masing-masing yang baru kini mengadakan mesyuarat agung masing-masing...

Wahai pimpinan Bahagian - apa yang kamu katakan dalam media massa adalah hanya pendapat peribadi kamu - bukan pendapat atau pendirian mereka dalam Bahagian.

Persoalan kini adalah sama ada ahli UMNO akan menggunakan keupayaan berfikir dan hak mereka untuk memilih kepimpinan ATAU mereka akan menurut sahaja kata pimpinan kini...

Friday, July 25, 2008

Majlis Perbandaran - Fungsi & Kuasa kerajaan peringkat ketiga

Majlis Perbandaran Temerloh bertindak menjaga segala bentuk kepentingan penduduk di dalam kawasan pentadbirannya. Ini dapat dilihat daripada fungsi Majlis Perbandaran Temerloh iaitu:

a) Merancang pembangunan
b) Mengawal pembangunan
c) Menjaga kebersihan kawasan
d) Menjaga kesihatan orang ramai
e) Mengindahkan bandar
f) Menyediakan kemudahan awam
g) Merancang lalulintas
h) Melesen dan mengawal perniagaan
i) Menguatkuasa undang-undang
j) Menggalakan pelaburan dan pembangunan
k) Memastikan keselesaan penduduk

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau lebih di kenali sebagai kerajaan tempatan adalah kerajaan peringkat ketiga dimana kerajaan peringkat pertama adalah Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri pula merupakan kerajaan peringkat kedua di dalam sistem pentadbiran negara.

PBT adalah satu badan kerajaan yang bersifat autonomi dimana terdapatnya kebebasan di dalam membuat keputusan. Contohnya PBT mengutip hasil kewangan sendiri dan membelanjakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.Di Malaysia terdapat 3 bentuk PBT iaitu :

1. Majlis Daerah
2. Majlis Perbandaran
3. Majlis Bandaraya

PBT mengamalkan konsep perwakilan iaitu dimana wakil dari penduduk setempat duduk di dalam PBT sebagai Ahli Majlis dan membantu membuat dasar melalui kaedah yang telah di tetapkan.

Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) mendapat statusnya sekarang pada 15 Januari 1997. Sebelum itu ia bergelar Majlis Daerah Temerloh (MDT) mulai pada tarikh 1 Julai 1981. Waktu itu MDT adalah hasil gabungan 4 majlis tempatan yang wujud di Temerloh iaitu :

1. Majlis Bandaran Temerloh Dan Mentakab
2. Majlis Tempatan Kuala Krau
3. Majlis Tempatan Kerdau
4. Majlis Tempatan Lanchang

Pengabungan ini adalah keputusan kerajaan yang disyorkan oleh Suruhanjaya Athinahappan yang mencadangkan penyusunan semula semua PBT.

Pada ketika pentadbiran MDT, Yang Dipertua adalah disandang oleh Pegawai Daerah Temerloh. Setelah melalui perubahan dan kemajuan, MDT telah memohon kepada kerajaan negeri dan seterusnya kepada Kerajaan Persekutuan untuk dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Temerloh. Permohonan ini adalah berdasarkan kepada kriteria-kriteria yang telah ditetapkan seperti hasil melebihi RM 10 juta dan penduduk melebihi 100,000. Maka dengan itu pada 27 Mac 1996 telah meluluskan permohonan naiktaraf kepada MPT dan pada 15 Januari 1997 telah secara rasmi bergelar Majlis Perbandaran Temerloh.


Thursday, July 24, 2008

Perkhidmatan Bas lebih cekap di kawasan Daerah Temerloh diperlukan..

Sejak tahun 70an hingga sekarang, perkhidmatan Bas di Temerloh nampaknya tidak berkembang...

Sekarang dengan pembangunan pesat di sana sini di Temerloh, dan dengan harga minyak naik - kita mesti mempunyai perkhidmatan Bas dan Teksi yang lebih efektif...

Bas mesti masuk dalam Taman-Taman besar, masuk Jalan Kampung, melalui sekolah-sekolah dan mestilah lebih kerap masa perjalanannya.

Tidak perlu bas besar - mungkin boleh gunakan Bas Mini (atau van) untuk kawasan-kawasan yang kurang bilangan penduduk...

Jika perkhidmatan Bas lebih efektif - ramai akan guna Bas pergi balik kerja - pergi ke pasar dan kedai - pergi Hospital Temerloh, Klinik Kesihatan Bandar Mentakab...

Tuesday, July 22, 2008

Tidak mahu perlantikan - mahu pemilihan oleh rakyat

Pemilihan Ketua dan Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga, sama saperti ahli Majis Perbandaran, kepimpinan kampung/taman/kawasan perumahan, Penghulu semua harus dilakukan oleh rakyat setempat. Pilihan melalui pengundian - itulah cara demokratik.

Sekarang polisi saya, adalah tidak menghormati atau mengiktiraf sesiapa yang telah dilantik sebagai Ketua Kampung atau ahli jawatankuasa kampung/taman atau Majlis Perbandaraan sebab jika kita terima perlantikan tersebut, ianya bermaksud bahawa secara tak langsung kita bersetuju dengan sistem 'perlantikan' tersebut.

Reformasi - mestilah bererti demokrasi tulin - etinya kepimpinan/wakil rakyat semua tahap adalah hasil pemilihan rakyat.


Umno Mentakab masih amalkan politik sempit
Basiron Abdul Wahab
Tue | Jul 22, 08 | 3:03:17 pm MYT

MENTAKAB 22 Julai (Hrkh) - Barisan Nasional (BN) masih meneruskan amalan politik sempit yang dibenci rakyat walaupun parti itu ditolak sebahagian besar rakyat dalam pilihan umum ke-12 lalu.

Jika dahulu parti itu akan bertindak terhadap sesiapa sahaja (rakyat) yang dianggap tidak menyokongnya dengan cara menarik subsidi dan sebagainya, kini tindakan serupa masih diteruskan.

Kes terbaru berlaku di Kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Mentakab, apabila sebahagian besar Ahli Jawatankuasa lama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Sektor Taman Bukit Cermin termasuk ketuanya tidak dipilih semula.

Sebaliknya Ketua Penaja Umno Cawangan kampung tersebut dilantik sebagai ketua baru sektor rukun tetangga berkenaan.

Difahamkan surat perlantikan ketua sektor rukun tetangga dan ahli jawatan kuasa baru disampaikan secara sulit pada 15 Julai lalu di rumah ketua Umno cawangan berkenaan.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh bekas ketua KRT berkenaan, Zainal Abidin Daud, 54.

Menurutnya, perkhidmatannya sebagai Ketua KRT berkenaan telah tamat pada 31 Disember 2007 lalu, bagaimanapun beliau mesih meneruskan khidmatnya kepada masyarakat sebagai tanggung jawabnya kepada orang ramai.

Beliau mengaku tidak mengetahui adanya perlantikan baru dibuat oleh Jabatan Perpaduan Rakyat sehingga dimaklumkan oleh seseorang mengenai adanya majlis penyerahan surat perlantikan kepada kepimpinan baru KRT baru-baru ini.

Menurutnya, tindakan yang dibuat oleh Penolong Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dalam isu perlantikan jawatan KRT baru tidak menepati ciri-ciri perpaduan tetapi akan memecah belahkan perpaduan penduduk.

Ini kerana penglibatan jawatankuasa lama KRT sudah sinonim dengan penduduk, malah KRT berkenaan muncul Naib Juara di antara KRT di Pahang pada tahun lalu.

Malah katanya, walaupun jawatan KRT telah tamat pada hujung tahun lalu, beliau dan rakan-rakan tetap bertugas sebagaimana biasa menunjukkan komitmen mereka terhadap penduduk.

"Bagaimanapun kami tidak dipilih semula untuk meneruskan khidmat, surat perlantikan jawatankuasa baru ini ditanda tangani sendiri oleh Pengarah KRT Temerloh iaitu Pegawai Daerah Temerloh, bukannya oleh Penolong Pengarah KRT Temerloh iaitu pegawai Jabatan Pepaduan Negara sahaja sebagaimana mana lazimnya.

"Pelik jugalah perlantikan Jawatankuasa KRT Bukit Cermin ini kerana dilantik sendiri oleh pegawai Daerah," sinisnya.

Zainal Abidin yang juga seorang ahli Umno menyifatkan perlucutan jawatanya sebagai pengerusi KRT dibuat kerana sikapnya yang tidak memihak kepada BN dalam pilihan raya umum lalu.

"Saya raikan semua calon pilihan raya, BN datang saya raikan, pembangkang datang saya raikan juga, saya tidak tahu rupanya mereka tidak suka begitu.

"Saya ingat pilihan raya ini suatu medan terbuka bagi rakyat membuat pilihan, apa salahnya jika diraikan semua calon yang bertanding, namanya pun pilihan raya ia mesti dilayan secara adil kepada semua calon," ujarnya.

Beliau menyifatkan pemecatannya sebagai pengerusi KRT sebagai suatu tindakan yang tidak adil dan cuba memecah belahkan perpaduan penduduk.

Beliau mengaku ramai penduduk di situ menyokongnya sebagai pengerusi KRT tetapi perlantikan pengerusi dan jawatankuasa KRT tidak buat melalui mesyuarat agong menyebabkan penduduk tidak dapat memilih ketua mereka sendiri. - mns_

Saturday, July 19, 2008

Cawangan UMNO sebulat suara menolak Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden UMNO

Nampaknya ahli UMNO mahu membuat pilihan mereka sendiri menegenai kepimpinan UMNO akan datang. Mereka tidak akan menerima kata pimpinan parti mengenai siapa yang akan jadi Presiden, sehingga bila dan siapa yang akan menjadi Presiden UMNO seterusnya.

UMNO bukan 'feudal' tetapi parti demokratik....dan Abdullah Ahmad Badawi bukan Sultan atau Raja, untuk memilih siapakan yang menaiki tahta pemerintahan selepas beliau, dan bilakah peralihan kuasa ini akan berlaku.

Sudah jelak ahli UMNO, yang telah dinafikan hak memilih sendiri pimpinan tertinggi parti UMNO sejak 1987..., dan kini mereka mahu sendiri mencalunkan mengundi dan memilih sendiri kepimpinan parti - Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden...

Itulah nampaknya pernyataan berani dan terbuka ahli UMNO cawangan KAMPUNG UBAI, sebuah cawangan di Negeri Pahang..
Bernama - Saturday, July 19

PEKAN, July 18 (Bernama) -- The Kampung Ubai Umno branch in the Pekan division last night passed a motion proposing Umno deputy president Datuk Seri Najib Tun Razak for the post of president in the party election in December. meeting which ended late last night and attended by 42 of the 123 branch members.

The Kampung Ubai branch was the first branch to meet in Pahang and also the first to nominate Najib, who is the Pekan Umno division head and Member of Parliament, to contest the post of Umno president...." - Yahoo Malaysia News, 19/7/2008 - KAMPUNG UBAI BRANCH NOMINATES NAJIB FOR UMNO PRESIDENTCY


Cawangan UMNO ini, daripada divisyen Pekan (iaitu divisyen Najib Razak sendiri), telah membuat keputusan SEBULAT SUARA bahawa mereka mahu Najib Razak sebagai Presiden UMNO yang akan datang -- bukan lagi Abdullah Ahmad Badawi.

Kita menunggu sahaja reaksi daripada cawangan-cawangan, dan seterusnya Divisyen-divisyen UMNO - adakah mereka juga akan menunjukkan keberanian yang sama ... atau saperti biasa, mereka akan menurut kata pemimpin sahaja...

Apa pula tindakan Najib Razak - adakah dia akan membenarkan ahli bersuara secara bebas menyatakan pilihan mereka - atau adakah dia akan menghalang kebebasan ini.

Adakah Najib Razak akan keluar menyatakan bahawa dia taat kepada Abdullah Ahmad Badawi, janji mereka berdua mengenai peralihan kuasa bulan Jun 2010....dan mungkin juga memberi jaminan kini bahawa Divisyen Pekan akhirnya akan mencalunkan Abdullah sebagai Presiden dan Najib sebagai Timbalan...

Kita tunggu sahaja....

Wednesday, July 16, 2008

Kes Anwar Ibrahim - Polis telah menipu...

Pihak polis telah dengan jelas sebelum ini menyatakan bahawa sekiranya Anwar Ibrahim tidak menghadirkan diri di Ibu Pejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur pada atau sebelum jam 2.00 petang hari ini, tindakan sewajarnya akan diambil. Apa yang dimaksudkan adalah bahawa selepas jam 2.00 ptg, pihak polis akan menggunakan waran tangkap yang mereka perolehi.

Tetapi pada jam 12.55 tengahari, pihak polis telah dengan tiba-tiba menangkap Anwar Ibrahim, yang pada masa itu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas memberikan kenyataan sejak jam 10.00 pagi. Sebenarnya, pada pagi tersebut selepas Anwar meninggalkan BPR, beliau telah menyatakan bahawa pemberian keterangan beliau tersebut mungkin terpaksa disambung pada masa lain - kerana ia terpaksa ke IPK sebelum jam 2.00 petang. (Ini semua telah keluar dalam media internet, serta juga TV).

Ingin dinyatakan bahawa pihak polis telah menyatakan kepada Anwar dan semua orang di Malaysia bahawa jika Anwar tidak hadhir sebelum jam 2.00, apa yang akan berlaku. Sebuah SIDANG MEDIA telah diadakan oleh pihak polis, di mana ianya juga telah disiarkan di TV. Mengapa perkara ini diheboh-hebohkan begitu oleh polis dalam media massa?

Apabila polis menangkap Anwar hari ini - kepercayaan rakyat kepada pihak polis HILANG TERUS. Siapa boleh percaya kata-kata polis lagi? Polis telah menipu...

Timbalan Menteri Dalam Negeri menyatakan bahawa tangkapan dibuat kerana Anwar tidak mungkin sampai di IPK Kuala Lumpur sebelum masa yang ditetapkan - jam 2.00 petang. Dia kata penangkapan dibuat kerana Anwar tidak pergi terus ke IPK Kuala Lumpur - dan telah melencong pergi balik ke rumahnya. (Mungkin Anwar mahu mandi cepat, tukar pakaian atau mungkin mahu makan tengahari -- tambahan hanya lebih kurang 20 minit diperlukan untuk sampai ke IPK Kuala Lumpur itu) - Nyata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Farid Wan Salleh memberikan alasan yang sukar diterima oleh sesiapa yang waras....

PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim would not have been able to turn up for his scheduled appointment at the city police headquarters on time.

Deputy Home Minister Datuk Wan Farid Wan Salleh said Anwar was supposed to have gone straight to the police headquarters here after his interview at the Anti Corruption Agency in Putrajaya.

“Instead, he was on his way home. He couldn’t possibly have made it on time.

“The police were just executing a warrant of arrest against Anwar,” he told reporters in the Parliament lobby on Wednesday...." - Star Online, 16/7/2008 -'Anwar wouldn’t have made 2pm deadline'

Memang pihak polis, yang sudah ada waran tangkap, boleh menangkap Anwar - tetapi mereka telah menyatakan bahawa mereka tidak akan berbuat apa-apa sekiranya Anwar hadhir sebelum jam 2.00 petang... kesalahan bukan dari segi prosidur jenayah - tetapi adalah kesalahan moral - menipu...

Kalau mahu tangkap, jangan pula keluar buat kenyataan media memberikan masa sebelum apa kena hadir dan sebagainya...

Kini, pada jam 8.35 malam , Anwar telah dibawa ke hospital, sampai di hospital jam 8.50 mlm...dan tujuan yang dinyatakan oleh polis adalah untuk menjalankan "medical check-up" yang routine(biasa)

"Anwar left the Kuala Lumpur police headquarters at 8.35pm with a convoy of 10 police vehicles and outriders.....Anwar arrived at the hospital's emergency unit at about 8.50pm....According to CID chief Mohd Bakri Zinin, Anwar will be brought to the hospital for a routine checkup. - Malaysiakini, 16/7/2008 - PKR supremo taken to HKL for tests

" a routine checkup" - apa ini? Semua orang yang ditangkap polis tidak akan di bawa ke hospital untuk apa-apa "a routine checkup". Penipuan lagi....?

Kaedah-kaedah Lokap, khususnya Kaedah 20 - menyatakan bahawa banduan-banduan akan dikurung pada pukul 6.30 petang dan akan bangun siap berpakaian pada pukul 6.30 pagi,

Jadi, Anwar Ibrahim, yang kini diakui telah ditangkap polis - tidak boleh diteruskan apa-apa penyiasatan selepas jam 6.30 petang - selepas itu beliau terpaksa dimasukkan ke dalam Lokap...

Nyata pihak polis telah melanggar undang-undang dengan meneruskan penyiasatan selepas jam 6.30petang - dan kini pula membawanya ke Hospital pula.

Polis telah melanggar undang-undang -- apakah pihak berkuasa akan membuat?

Pihak polis, selepas menangkap Anwar, boleh membebaskannya dengan jaminan polis (yang juga dikenali sebagai jaminan mulut) dengan penjamin - di mana syarat kehadiran semula pada waktu pagi besuk (atau masa yang polis mahu) untuk tujuan meneruskan penyiasatan.

Jika mahu menuduhnya di Mahkamah pun, beliau boleh dibebaskan dengan jaminan polis - dengan syarat akan hadhir di Mahkamah ini pada jam ini....

Adalah salah menyatakan bahawa orang yang sudah ditangkap polis akan ditahan terus....

Jika pihak polis mahu menahan terus orang yang ditangkap, ia boleh dilakukan untuk jangkamasa kurang 24 jam - jika mahu tahan lagi selepas itu, kena pergi mendapat perintah reman daripada Majistret...

Monday, July 14, 2008

Apabila dipanggil hadhir di Balai Polis....

Apabila polis panggil hadhir di Balai Polis untuk tujuan membantu penyiasatan, tidak memadai jika mereka panggil melalui talipon, atau secara lisan sahaja.

Apabila polis panggil ke balai membantu penyiasatan, ada beberapa perkara yang kamu harus mengetahui terlebih dahulu:-
a) Penyiasatan apa? Berkenaan jenayah apa? Berkenaan lapuran polis apa?

b) Adakah kamu dipanggil sebagai saksi atau sebagai 'suspek'? Jika kamu adalah suspek, anda ada hak berdiam diri - tidak mahu memberikan apa-apa kenyataan kepada polis. Kadang-kadang, polis menyatakan bahawa mereka panggil sebagai saksi - bukan sebagai suspek, gunakan pandai sendiri untuk mengetahui sama ada kamu di panggil sebagai saksi atau sebagai "suspek"?

Misalnya dalam kes Anwar Ibrahim, Saiful telah membuat aduan polis menyatakan Anwar telah meliwatnya (kononnya), jadi apabila Anwar di panggil oleh polis, secara munasabah dia boleh tahu bahawa dia dipanggil sebagai 'suspek' (orang yang disyaki melakukan jenayah), jadi apa yang beliau boleh buat adalah berdiam diri dan mengunakan haknya untuk berdiam diri.

Arahan Menghadirkan Diri Untuk Siasatan Di Bawah Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah, memerlukan arahan secara BERTULIS - lisan tidak memadai. Seksyen 111, dalam Bahasa Inggeris adalah saperti di-bawah:-

111. Police officer's power to require attendance of witnesses.

(1) A police officer making an investigation under this Chapter may by order in writing require the attendance before himself of any person who from the information given or otherwise appears to be acquainted with the circumstances of the case, and that person shall attend as so required.


(2) If any such person refuses to attend as so required that police officer may report such refusal to a Magistrate who may thereupon in his discretion issue a warrant to secure the attendance of that person as required by such order.


Jadi tindakan pihak polis berkali-kali datang rumah Anwar mahu menghantar arahan bertulis tersebut adalah wajar.

Jika hanya datang berkali-kali mahu hantar arahan bertulis berkenaan, ianya tidak boleh dikatakan tindakan gangguan ('harrassment') - kecuali ada lebih yang telah berlaku.

Jika arahan memerlukan kehadiran tersebut tidak sampai kepada Anwar - ertinya secara wajar pihak polis kena cuba menetapkan tarikh masa baru untuk kehadiran Anwar di Balai Polis, dan surat atau atau arahan bertulis perlu dihantar kepada Anwar.

Pada kebiasaannya, dalam arahan bertulis ada juga pernyataan bahawa sekiranya tarikh/masa tak sesuai, boleh hubungi pihak polis untuk mengubah masa/tarikh tersebut.

Jika selepas arahan bertulis dihantar, dan pihak yang meneima TIDAK MAHU hadir di Balai Polis - pihak polis seterusnya boleh pergi mendapatkan perintah Mahkamah untuk memastikan kehadiran, di mana jika masih tidak mahu, pihak Mahkamah mungkin akan mengeluarkan waran tangkap supaya polis boleh pergi tangkap dan membawa seseorang tersebut ke Balai Polis untuk tujuan penyiasatan.

Anwar Ibrahim mungkin bekas Timbalan Perdana Menteri, seorang selebriti, ketua Pakatan Rakyat (bakal PM) - tetapi semua orang adalah sama di bawah undang-undang. Tidak ada layanag istimewa untuk gulungan ini atau gulungan itu.

Bila polis memanggil kamu menghadiri di Balai Polis mengenai apa-apa siasatan, adalah BAIK jika peguam dilantik terus dan nasihat guaman diperolehi. Lebih baik mengetahui hak kamu sebelum pergi ke Balai...itu adalah nasihat saya.

Saturday, July 12, 2008

Patin untuk nikmat semua bukan sahaja yang kaya...

Kini, mereka mahu ekspot Ikan Patin kononnya.

Adakah ini bermakna bahawa pembela dan penjual ikan Patin Temerloh akan mendapat lebih keuntungan dan akan menjadi kaya raya.

Atau adakah ini bererti, akan muncul syarikat kroni yang akan memulakan projek pembelaan ikan patin - dan mereka yang kini membela dan berniaga ikan patin akan diketepikan perlahan-lahan dengan keperluan lesen/permit, penetapan syarat-syarat yang tidak senang dipatuhi bagi usahawan-usahawan kecilan dari Temerloh, ...

Apabila sesuatu ikan menjadi popular, dan/atau menjadi hasil ekspot - apa yang berlaku juga adalah harga ikan tersebut akan naik...naik...naik..

Dan pada masa ini, dengan kenaikan harga minyak, kadar letrik, dan harga barangan yang lain -- kita perlu memikirkan betul-betul implikasi mengambil ikan Patin ke pasaran global... Khususnya, apabila kerajaan kini hanya mahu menarik balik semua subsidi dan membiarkan pasaran menetapkan harga barangan.

Ikan bulus - dahulunya murah - kurang RM0.50 untuk seekor digoreng - kini sudah jadi popular, dan harga ikan itu kini RM2-50 satu ekor. Perkara yang same juga telah berlaku kepada ikan kembung...

Kini, ikan patin sangkar akan naik tak lama lagi, akibat kenaikan harga minyak dan barangan lain, kepada RM14 satu kilo.

Bukan sahaja harga jualan yang harus diambil kira oleh seorang wakil rakyat tetapi harga belian, untuk memastikan bahawa ikan ini terus dapat dinikmati oleh kesemua penduduk Temerloh - bukan sahaja orang-orang kaya..



TAKING "PATIN" FISH TO THE GLOBAL MARKET

Bernama - Sunday, July 13 (di ambil dari Yahoo News.)

TEMERLOH, July 12 (Bernama) -- The Entrepreneur and Cooperative Development Ministry has set aside RM300,000 for any individual or cooperative to undertake research to raise the quality of the "patin" (silver catfish) for the global market, Deputy Minister Datuk Saifuddin Abdullah said today breeders in Temerloh produced up to 20 tonnes of the fish monthly.

"The amount is seen as having the potential for expansion of the patin fish industry, and we want the market to expand beyond Pahang to the rest of the country and abroad," he told reporters after the Parent-Teacher Association (PTA) meeting of Sekolah Kebangsaan Lebak, near here.

As such, Saifuddin said, he hoped that breeders of the fish would set up a cooperative to coordinate their efforts to move the fish to a wider market.

"The patin fish enjoys a good market, selling for between RM10 and RM14 per kg," he said.

-- BERNAMA

Friday, July 11, 2008

Lapangan Terbang di Temerloh

Melihat lokasi Temerloh di tengah-tengah Semenanjung Malaysia, di mana jalanraya ke Timur ke Kuantan, ke utara ke Gua Musang dan terus ke Kota Baru, ke Selatan ke Bahau dan ke Johor, ke Barat ke Kuala Lumpur.

Lokasi Temerloh juga berdekatan dengan pintu masuk ke Taman Negara, dan juga adalah setengah jam perjalanan ke kawasan Genting Highlands, Bukit Tinggi dan sebagainya.

Mentakab adalah juga sebuah stesen keretapi untuk laluan keretapi pantai Timur.

Maka, saya percaya bahawa lokasi ini cukup sesuai untuk dibina sebuah lapangan terbang - jika bukan untuk penerbangan antarabangsa tetapi sekurang-kurangnya untuk penerbangan Air-Asia, Fire-Fly, dan penerbangan budget yang lain. Penerbangan juga boleh di buat ke selatan Thai di Narathiwat dan juga Hadyai/Phuket, serta juga ke Singapura dan juga ke Malaysia Timur.

Memandangkan perjalanan ke KLIA atau LCCT adalah lebih 3 jam - dan dengan penambahan harga petrol dan kadar tol, adalah lebih wajar di adakan satu lapangan terbang di Temerloh - di mana kini, cara perjalanan menggunakan kapal terbang bukan sahaja menjimatkan masa tetapi juga akan menjadi cara perjalanan yang lebih munasabah.

Pada masa ini, kita harus sudah menentukan tapak untuk lapangan terbang baru ini di Temerloh - yang juga dijangka tidak lama lagi akan dikurniakan status Bandaraya.

Senag juga untuk ahli Parlimen Temerloh, yang tidak tinggal di Lembah Klang pulang melawat kawasan Parlimennya...

Selain daripada "joggging" satu atau dua kali di Temerloh, adakah ahli Parlimen Temerloh membuat apa-apa untuk kawasan Parlimen Temerloh?

Buka semula HOSPITAL MENTAKAB ....Usaha kearah membina sebuah lapangan terbang di kawasan Temerloh..

Tuesday, July 8, 2008

Untung Abdullah dari isu "Anwar-Najib-Liwat-Bunuh"...

Siapakah yang akan untung daripada isu Anwar (pe-liwat?) dan Najib (terlibat dengan membunuh) ini?

Mula-mula kita akan melihat apa yang berlaku:-

Saiful (yang membuat lapuran polis, kononnya ia telah diliwat oleh Anwar Ibrahim) telah melawat Najib Razak selepas kejadian sebelum membuat lapuran polis
- Bukan senang mahu jumpa Najib - TPM kita
- Jika Najib terlibat dalam tindakan mahu kenakan Anwar Ibrahim - dia akan pandai-pandai buat tak tahu dan tak kenal Saiful ini....?
- Selepas lapuran polis dibuat, pihak Anwar Ibrahim nampaknya terlalu cepat boleh mendapat gambar Saiful dengan orang Najib, Saiful dengan beberapa Menteri...anih...terlalu cepat

Balasubramaniam nyata pergi jumpa Anwar - kenapa sekarang? Kenapa kini apabila ada isu Anwar-Liwat itu timbul....sehinggakan marah kepada Najib telah membuat tindakan membalas dibuat cepat-cepat??? [Atau mungkin, Bala sudah lama berjumpa Anwar, dan Anwar hanya menunggu masa sesuai mengunakan 'peluru politik' tersebut]
Balasubramaniam menimbulkan isu penglibatan Najib dengan kes bunuh Altantuya (bukan cerita baru - tetapi sesuatu yang menghidupkan kembali syak wasangka penglibatan Najib sekali lagi..)
Kemudian, Balasubramanian tukar cerita dan menafikan kesemuanya dalam masa kurang daripada 24 jam - dan seterusnya Bala dan keluarga lesap begitu sahaja.
Ramai yang mengesyaki Najib yang buat perkara ini --- Najib yang terlibat...
Semasa sidang media kedua, Balasubramaniam menyatakan bahawa beliau 'dipaksa' (under duress) membuat SD pertama - ramai yang fikir bahawa Anwar terlibat -- dan jika ya, ini menambahkan kemungkinan bahawa Anwar adalah bersalah membuat liwat itu..mmm

Anwar lawan Najib..
Najib lawan Anwar...
Anwar lawan Ketua Polis Negara dan Peguam Negara...

Kita beralih, dan melihat kepada keadaan sebelum semua ini berlaku...

BN dan UMNO
-- SAPP telah berani menyatakan bahawa hilang kepercayaan dengan PM dan kerajaan
-- PM kata ada perjanjian peralihan kuasa dengan Najib (Najib tidak keluar dengan pasti mengesahkannya dan menyatakan bahawa dia akan tunggu dan tidak akan bertanding Presiden UMNO..)
---Ada orang menyatakan bahawa Najib tengah kempen untuk mendapatkan pencalunan untuk menjadi Presiden
---Ku Li menyatakan bahawa dia sedia jadi Presiden..
---Di Trenganu, jelas Menteri Besar kini dan ahli tidak mahu dengar PM semasa krisis MB di Trengganu
---Sama juga di Perlis ...

BN dan Pakaitan Rakyat
--- Anwar menyatakan bahawa ada MP akan lompat dan PR akan membentuk kerajaan Persekutuan selepas 16 Sepotember...
---Pimpinan MCA tidak mahu masuk kabinet
---Pimpinan MIC tidak mahu masuk kabinet
---Pimpinan Gerakan tidak berada dalam kabinet
---Ahli BN di Sabah terbuka menyatakan ketidak puas hati mereka dalam beberapa perkara - termasuk jawatan kabinet, dsb..
---Rakyat cukup marah dengan tindakan kerajaan menaikkan harga minyak - menjadikan harga semua barang naik...(dan sudah berani protes di sana dan di sini...

Selepas, isu Anwar-Najib-Liwat-Bunuh ini timbul, protes harga naik pun tukar tumpuan kepada Anwar (sama ada dianiyai lagi atau tidak....). Ya, inilah yang dilapurkan sebagai apa yang diutarakan pada 6/7/2008 di Stadium di PJ oleh Anwar, Lim Kit Siang (berasaskan lapuran berita....)

Siapakah yang beruntung daripada apa yang berlaku? Siapakah yang mendapat beberapa waktu untuk berihat...daripada membela serangan pada dirinuya dan cara pentadbirannya??

Siapakah di belakang isu tersebut? Saiful pi jumpa Najib selepas kejadian sebelum buat lapuran. Balasubramaniam datang jumpa Anwar... Siapakah 'master-mind'?

Masih lagi, Anwar lawan Najib-----Najib lawan Anwar....mmm

Dia yang diam tersenyum mungkin Abdullah Ahmad Badawi sama ada beliau adalah 'master-mind' atau tidak....

Adakah Najib kini akan menutup hasrat mahu mencabar Abdullah untuk jawatan Presiden...dan akan kini dengan kuat memberikan sokongan kepada Abdullah terus jadi Presiden sehingga sedia melepaskan kuasa kepadanya mungkin dalam masa 10 tahun...mmm

Kita boleh hanya membuat spekulasi dan menunggu apa yang akan berlaku selepas ini..

Hanya seorang yang terus dalam usaha menunjukkan kegagalan Abdullah Ahmad Badawi dan kerajaannya -- dia adalah bekas PM..

Thursday, July 3, 2008

MP Temerloh mahu lompat parti?

Adakah Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah, akan meninggalkan UMNO dan Barisan Nasional dan menyertai Pakatan Rakyat?

Yang pelik adalah bahawa hanya nama-nama MP kawasan Temerloh, dan Bera (Ismail Sabri Yakob) yang dinyatakan.

Saya kenal
Saifuddin Abdullah dan Ismail Sabri Yakob sejak masa saya di Universiti Malaya lagi. Semasa saya dalam Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) atau 'Student Union', saudara Ismail Sabri Yakob adalah Presiden. Pada masa itu, Saifuddin Abdullah adalah Presiden Persatuan Bahasa Melayu.

Apa yang sangat pelik adalah pada tahun saya di dalam 'Student Union', ada lebih kurang 9 daripada ahli PMUM daripada Temerloh. Presiden PBMUM juga dari Temerloh.

Pada masa itu, saudara Ismail Sabri Yaakub (serta juga Saifuddin Abdullah) adalah pejuang untuk keadilan dan hak asasi, sama saperti diri saya....TETAPI kini nampaknya semangat dan nilai perjuangan semasa di kampus sudah tidak ada lagi dan dorongan dan tujuan mereka sudah berubah...

Mereka baru-baru memberi sokongan penuh kepada tindakan menaikkan harga minyak dan harga barangan --- di mana seseorang wakil rakyat yang prihatin dan berpihak kepada rakyat tidak akan memberikan sokongan sedemikian apabila nyata sekali bahawa rakyat sudah dibelenggu dengan beban yang tidak mungkin dipikul...yang sungguh tidak adil.

Apabila membaca blog bekas PM kita, nyata bahawa kedudukan kewangan negara adalah sangat baik - dan tidak ada alasan munasabah mengapa subsidi dikurangkan dan harga minyak dinaikkan begitu banyak.

Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah, bukan wakil rakyat atau wakili rakyat --- apabila beliau menyokong kenaikan harga minyak harga barangan dsb..

Wahai, wakil rakyat - fahami bahawa kamu dipilih oleh rakyat untuk mewakili rakyat - bukan Parti, bukan BN, bukan PM.....tetapi Rakyat...(dan ini bermakna semua rakyat bukan sahaja yang kaya atau 'kroni' atau 'ahli parti')



"
We produce about 650,000 barrels a day, consume 400,000 and export roughly 250,000 barrels. We used to earn 30 US Dollar per barrel; today we earn 140 US Dollar, almost all profit. Work out the revenue from 250,000 barrels per day for one year.

9. Besides, we produce 900,000 barrels equivalent of gas, mostly exported. There is no need to take notice of the petrol we produce in Sudan and elsewhere, all selling at 100 US Dollar plus.

10. But we also earn more, much more from palm oil. It used to cost us RM600 per ton to produce. It must be slightly more now. But one ton of palm oil used to sell for RM800 before. Now it sells for more than RM3,000. The palm oil plantation companies are laughing all the way to the bank.

11. But the prices of rubber and even tin have also increased tremendously.

12. For the Government it must mean a great increase in revenue. The profits from petroleum accrue 100% to the Government. I believe in 2006 when oil price was about 70 US Dollar Petronas made a profit before tax of 60 billion Ringgit." - Mahathir M


*********************

Crossovers still on, says Anwar
(Malay Mail, 4/7/2008)

DE FACTO opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim said yesterday that the crossover plan by four Barisan Nasional MPs was still very much alive.

In an interview with Malay Mail, Anwar dismissed talk that he had fabricated the story that four BN MPs, two from Umno, would cross over to the opposition.

“This is a big joke. Those who have been announcing they are not coming have never been approached in the first place. Have you asked Datuk (Seri) Abdullah (Ahmad Badawi) or Datuk (Seri) Najib (Razak) if they are crossing over?” he said after a Press conference at Parti Keadilan Rakyat’s (PKR) headquarters in Tropicana, Petaling Jaya, yesterday.

Two Umno MPs, whose names were mentioned in Internet postings as among the four crossing over, recently denied they were involved.

Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yakcob, who is the MP for Bera, had said that it was “ridiculous” that he would cross over to a party with an “unknown future”, even if he was offered money or position.

Deputy Entrepreneurial and Cooperative Development Minister Datuk Saifuddin Abdullah, the Temerloh MP, had said that he would never leave the party that he loves.

While declining to identify the MPs, Anwar said “there would be a right time to inform the public on who exactly would be crossing over”.

Anwar also said he may sue Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar for suggesting that he reports to Washington.

“They are just busying themselves attacking me, with claims like American agents, spies, et cetera. We are looking at the possibility of suing Syed Hamid Albar over this.” Syed Hamid had two days ago described Anwar as a tukang lapor (snitch) for the United States, claiming that Anwar frequently reported back to Washington.

Anwar had earlier claimed that the sodomy accusation was timed as such to “derail” his announcement to contest in a by-election.

On where he would contest, he was not prepared to say just yet: “Anywhere in the Semenanjung.” Anwar also reiterated that the sodomy allegation against him was an attempt “to deflect and distract from all the other issues”.

On what the issues were, he said: “The economy is the number one issue. The government has failed to manage it. It is in a critical mess. Who knows what is going to happen to Umno in the next few months? “We’ll fight, we’ll expose them and fight. Whatever they say — on the issue of the allegation, the condo — we’re very, very prepared.

If everything is based on the facts and law, I will pull through. I have no doubts about that.” Anwar said there was a vast difference between now and 1998 as “we’ve gone through this in the past”.

“It was worse then,” he said in reference to the 1998 episode in which he was accused of sodomy for the first time, convicted and later cleared of the charge.

Tuesday, July 1, 2008

Anwar harus tarik balik saman malu

Rakyat pada masa ini sungguh tidak puas hati dengan kerajaan pimpinan Abdullah Ahmad Badawi, kerajaan Barisan Nasional, yang telah mengurangkan subsidi minyak dan menambahkan harga minyak petrol lebih kurang 40%. Harga Diesel pun telah dinaikkan. Makin lama, rakyat mengalami kesan kenaikan harga ini yang juga telah dan akan terus menambahkan harga hampir semua barang - justeru kos kehidupan harian akan bertambah.

Gaji tidak bertambah. Pendapatan tidak bertambah - tetapi kos kehidupan harian telah dan akan akan terus bertambah.

Bagaimanakah saya boleh terus hidup dalam keadaan ini? Adakah saya terpaksa kini mendapat pekerjaan kedua atau melibatkan diri dalam perniagaan lain untuk mendapatkan pendapatan sampingan?

Apa yang sedihkan adalah bahawa negara kita Malaysia adalah sebuah negara pengeluar minyak - di mana akibat kenaikan harga minyak di peringkat global akan menambahkan lagi keuntungan negara (dan Petronas - syarikat kerajaan sepenuhnya) di mana tindakan mengurangkan subsidi kerajaan dan menyebabkan harga minyak melambung tinggi begini adalah langsung tidak munasabah.

Satu protes besar-besaran dirancang berlaku pada 6 Julai 2008 --- dan tiba-tiba berlaku kejutan baru bahawa satu lapuran polis telah dibuat oleh seseorang bernama Mohd Saiful Bukhari Azlan, usia 23 tahun, menyatakan bahawa beliau telah kononnya di-liwat oleh seorang yang dipandang ramai sebagai ketua sebenarnya Parti Keadilan Rakyat -- dan mungkin juga gabungan parti-parti yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat.

Saya tidak mahu komen mengenai sama ada kejadian itu benar-benar berlaku atau tidak, atau sama ada ini merupakan sebahagian daripada satu kospirasi atau sebagainya....

Saya ingin menyatakan bahawa dalam kemarahan kita mengenai apa yang telah berlaku, kita tidak juga harus melupakan mengenai hak Mohd Saiful Bukhari Azlan, orang yang membuat lapuran polis tersebut - pengadu berkenaan - mungkin juga mangsa liwat, jika benar.

Tindakan Anwar Ibrahim memulakan satu tindakan Saman Malu terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana lapuran polis telah dibuat olehnya adalah SALAH dan merupakan satu tindakan yang saya langsung tidak sangka akan dilakukan oleh seorang pemimpin Barisan Alternatif - Pakatan Rakyat. Tindakan sedemikian harus dikutuk.

Seorang mangsa atau pengadu mesti ada hak dan kebebasan untuk membuat lapuran polis atau aduan kepada polis mengenai satu kesalahan atau jenayah -- dan orang yang menjadi hal perkara aduan atau yang dikatakan tidak boleh mengambil pula tindakan Saman Malu atau apa-apa tindakan sivil terhadap seorang pengadu yang membuat lapuran polis.

Sebenarnya, undang-undang menyatakan bahawa seseorang tidak boleh menyaman seseorang lain hanya kerana satu aduan polis telah dibuat, atau dia telah memberi kenyataan kepada polis semasa penyiasatan polis dijalankan.

Jika perlindungan ini tidak dijamin untuk semua pengadu, pengadu yang menjadi mangsa, atau saksi dalam penyiasatan polis -- siapakah yang akan berani melapurkan jenayah lagi. Seorang mangsa rogol,Z, tidak akan berani membuat lapuran polis menyatakan bahawa "AB" telah merogolnya kerana kemudian "AB" akan memulakan satu saman malu mengatakan bahawa "Z" telah memalukannya -- adakah kini "Z" yang sudah menjadi mangsa rogol kini pula terpaksa ambil peguam, bayar bayaran peguam dan cuba membuktikan di Mahkamah bahawa beliau telah dirogol oleh "AB" - di mana dalam kes jenayah rogol atau apa-apa jenayah lain yang hanya 2 pihak terlibat iaitu mangsa dan dia (atau mereka) yang melakukan kesalahan tersebut adalah sangat sukar dan tidak adil untuk memerlukan seorang biasa, mangsa membuktikan bahawa dia cakap benare dan benar-benar jenayah itu telah berlaku...

Itulah sebab orang buat lapuran polis - dan polis, yang bertanggungjawab, akan seterusnya menyiasat aduan tersebut dan mencari bukti dan sebagainya. Jika akhirnya ada cukup bukti, yang disyaki bersalah akan dituduh di Mahkamah....itulah cara yang betul.

Maka, saya berharap sangat bahawa saudara Anwar Ibrahim segera menarik balik Saman Malu tersebut terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Cara yang betul adalah memfailkan satu aduan polis mendakwa bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan telah membuat satu lapuran palsu..

Saya ingin menyatakan bahawa saya tidak percaya bahawa Anwar Ibrahim telah liwat bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan, tetapi kita semua harus bersabar dan biarkan proses penyiasatan berjalan saperti perlu.

Marah kita kepada Mohd Saiful Bukhari Azlan juga diharapkan kita tidak bertindak saperti apa yang telah dilakukan oleh BN dan kroni mereka apabila SAPP menyatakan bahawa mereka sudah tidak lagi 'konfiden' dengan Pak Lah dan kerajaan kini. Yong, presiden SAPP, telah digambarkan sebagai seorang buruk, tidak beretika, dsb --- bukankah perkara sama kini berlaku kepada Mohd Saiful Bukhari Azlan. Jangan sampai mereka menyatakan bahawa BN atau PR sama sahaja - perbedaan hanya adalah orang lain..

Jangan... jangan sampai gitu - mesti ada perkara lain yang memperbezakan PR dan BN - dan itu mestilah nilai-nilai, hak asasi, keadilan dan perkara baik yang lain..... atau tidak. Perbezaan di antara BN dan PR hanya saperti perbezaan di antara Coca Cola dan Pepsi, atau Dunhill dengan Marlboro...