Kamu, di peringkat cawangan hanya harus memikirkan mengenai siapakah yang harus menjadi pemimpin peringkat cawangan dan/atau Bahagian sahaja. Kamu juga harus memutuskan siapakan yang akan menjadi wakil kamu di Mesyuarat Agung UMNO nanti.
Pilih sahaja wakil - tak payah memutuskan apakah keputusan atau pendirian wakil mengenai kepimipinan parti di peringkat nasional. Ini tidak munasabah langsung tetapi inilah apa yang telah dikatakan oleh Setiausaha Agung UMNO
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menasihatkan cawangan Umno tidak membuang masa mengemukakan calon untuk mengisi jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden dalam persidangan tahunan masing-masing.
Katanya, mengikut Perlembagaan Umno, cawangan hanya perlu menentukan calon bertanding pada peringkat bahagian, seterusnya mewakili bahagian ke Perhimpunan Agung Umno pada Disember ini.
....Tengku Adnan berkata, tindakan beberapa cawangan mengemukakan calon bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dikhuatiri boleh mengkucar-kacirkan keadaan dan menjejaskan kestabilan dalam Umno. Katanya, Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah mengumumkan pelan peralihan kuasa kepada Timbalan Presiden, Datuk Seri Najib Razak dan berikutan itu jadi tidak timbul soal pencalonan ini kerana bimbang akan mengkucar-kacirkan keadaan.- Berita Harian Online, 28/7/2008 - 'Jangan buang masa kemuka calon tertinggi'
Seterusnya dia menyatakan juga bahawa keputusan Presiden, Timbalan Presiden mengenai peralihan kuasa yang diikuti.
Kesimpulan - Presiden dan Timbalan Presiden sudah diputuskan - ahli jangan sibuk-sibuk...terima sahaja keputusan pucuk kepimpinan.
Ini bukan DEMOKRASI - ini macam persatuan 'diktator' ... tetapi malangnya ahli UMNO saperti Hang Tuah akan biasanya menurut kata pemimpin sahaja...
Tetapi selepas pilihanraya 2008, adakah tsunami politik yang melanda Malaysia juga telah menyedarkan ahli UMNO juga -- di mana kini mereka mahu merampas balik HAK mereka untuk memilih kepimpinan bukan sahaja peringkat cawangan dan Bahagian - tetapi juga di peringkat Nasional.
Presiden, Timbalan Presiden, Majlis Tertinggi UMNO, ketua-ketua Bahagian...yang beria-ia menyatakan mereka mahu Abdullah Ahmad Badawi kekal sebagai Presiden dan Najib sebagai Timbalan Presiden juga kini menghadapi pilihanraya - di mana mereka mungkin akan bertukar pada tahun ini - tidak lagi memegang pangkat sama --- semuanya akhirnya terserah kepada ahli UMNO akar umbi di peringkat cawangan...
Ketua Bahagian yang memberikan sokongan kepada Abdullah dan Najib juga masih lagi belum mendapat mandat daripada ahli dalam cawangan-cawangan dalam Bahagian masing-masing yang baru kini mengadakan mesyuarat agung masing-masing...
Wahai pimpinan Bahagian - apa yang kamu katakan dalam media massa adalah hanya pendapat peribadi kamu - bukan pendapat atau pendirian mereka dalam Bahagian.
Persoalan kini adalah sama ada ahli UMNO akan menggunakan keupayaan berfikir dan hak mereka untuk memilih kepimpinan ATAU mereka akan menurut sahaja kata pimpinan kini...
No comments:
Post a Comment