Tuesday, July 22, 2008

Tidak mahu perlantikan - mahu pemilihan oleh rakyat

Pemilihan Ketua dan Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga, sama saperti ahli Majis Perbandaran, kepimpinan kampung/taman/kawasan perumahan, Penghulu semua harus dilakukan oleh rakyat setempat. Pilihan melalui pengundian - itulah cara demokratik.

Sekarang polisi saya, adalah tidak menghormati atau mengiktiraf sesiapa yang telah dilantik sebagai Ketua Kampung atau ahli jawatankuasa kampung/taman atau Majlis Perbandaraan sebab jika kita terima perlantikan tersebut, ianya bermaksud bahawa secara tak langsung kita bersetuju dengan sistem 'perlantikan' tersebut.

Reformasi - mestilah bererti demokrasi tulin - etinya kepimpinan/wakil rakyat semua tahap adalah hasil pemilihan rakyat.


Umno Mentakab masih amalkan politik sempit
Basiron Abdul Wahab
Tue | Jul 22, 08 | 3:03:17 pm MYT

MENTAKAB 22 Julai (Hrkh) - Barisan Nasional (BN) masih meneruskan amalan politik sempit yang dibenci rakyat walaupun parti itu ditolak sebahagian besar rakyat dalam pilihan umum ke-12 lalu.

Jika dahulu parti itu akan bertindak terhadap sesiapa sahaja (rakyat) yang dianggap tidak menyokongnya dengan cara menarik subsidi dan sebagainya, kini tindakan serupa masih diteruskan.

Kes terbaru berlaku di Kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Mentakab, apabila sebahagian besar Ahli Jawatankuasa lama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Sektor Taman Bukit Cermin termasuk ketuanya tidak dipilih semula.

Sebaliknya Ketua Penaja Umno Cawangan kampung tersebut dilantik sebagai ketua baru sektor rukun tetangga berkenaan.

Difahamkan surat perlantikan ketua sektor rukun tetangga dan ahli jawatan kuasa baru disampaikan secara sulit pada 15 Julai lalu di rumah ketua Umno cawangan berkenaan.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh bekas ketua KRT berkenaan, Zainal Abidin Daud, 54.

Menurutnya, perkhidmatannya sebagai Ketua KRT berkenaan telah tamat pada 31 Disember 2007 lalu, bagaimanapun beliau mesih meneruskan khidmatnya kepada masyarakat sebagai tanggung jawabnya kepada orang ramai.

Beliau mengaku tidak mengetahui adanya perlantikan baru dibuat oleh Jabatan Perpaduan Rakyat sehingga dimaklumkan oleh seseorang mengenai adanya majlis penyerahan surat perlantikan kepada kepimpinan baru KRT baru-baru ini.

Menurutnya, tindakan yang dibuat oleh Penolong Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dalam isu perlantikan jawatan KRT baru tidak menepati ciri-ciri perpaduan tetapi akan memecah belahkan perpaduan penduduk.

Ini kerana penglibatan jawatankuasa lama KRT sudah sinonim dengan penduduk, malah KRT berkenaan muncul Naib Juara di antara KRT di Pahang pada tahun lalu.

Malah katanya, walaupun jawatan KRT telah tamat pada hujung tahun lalu, beliau dan rakan-rakan tetap bertugas sebagaimana biasa menunjukkan komitmen mereka terhadap penduduk.

"Bagaimanapun kami tidak dipilih semula untuk meneruskan khidmat, surat perlantikan jawatankuasa baru ini ditanda tangani sendiri oleh Pengarah KRT Temerloh iaitu Pegawai Daerah Temerloh, bukannya oleh Penolong Pengarah KRT Temerloh iaitu pegawai Jabatan Pepaduan Negara sahaja sebagaimana mana lazimnya.

"Pelik jugalah perlantikan Jawatankuasa KRT Bukit Cermin ini kerana dilantik sendiri oleh pegawai Daerah," sinisnya.

Zainal Abidin yang juga seorang ahli Umno menyifatkan perlucutan jawatanya sebagai pengerusi KRT dibuat kerana sikapnya yang tidak memihak kepada BN dalam pilihan raya umum lalu.

"Saya raikan semua calon pilihan raya, BN datang saya raikan, pembangkang datang saya raikan juga, saya tidak tahu rupanya mereka tidak suka begitu.

"Saya ingat pilihan raya ini suatu medan terbuka bagi rakyat membuat pilihan, apa salahnya jika diraikan semua calon yang bertanding, namanya pun pilihan raya ia mesti dilayan secara adil kepada semua calon," ujarnya.

Beliau menyifatkan pemecatannya sebagai pengerusi KRT sebagai suatu tindakan yang tidak adil dan cuba memecah belahkan perpaduan penduduk.

Beliau mengaku ramai penduduk di situ menyokongnya sebagai pengerusi KRT tetapi perlantikan pengerusi dan jawatankuasa KRT tidak buat melalui mesyuarat agong menyebabkan penduduk tidak dapat memilih ketua mereka sendiri. - mns_

No comments: