Rakyat pada masa ini sungguh tidak puas hati dengan kerajaan pimpinan Abdullah Ahmad Badawi, kerajaan Barisan Nasional, yang telah mengurangkan subsidi minyak dan menambahkan harga minyak petrol lebih kurang 40%. Harga Diesel pun telah dinaikkan. Makin lama, rakyat mengalami kesan kenaikan harga ini yang juga telah dan akan terus menambahkan harga hampir semua barang - justeru kos kehidupan harian akan bertambah.
Gaji tidak bertambah. Pendapatan tidak bertambah - tetapi kos kehidupan harian telah dan akan akan terus bertambah.
Bagaimanakah saya boleh terus hidup dalam keadaan ini? Adakah saya terpaksa kini mendapat pekerjaan kedua atau melibatkan diri dalam perniagaan lain untuk mendapatkan pendapatan sampingan?
Apa yang sedihkan adalah bahawa negara kita Malaysia adalah sebuah negara pengeluar minyak - di mana akibat kenaikan harga minyak di peringkat global akan menambahkan lagi keuntungan negara (dan Petronas - syarikat kerajaan sepenuhnya) di mana tindakan mengurangkan subsidi kerajaan dan menyebabkan harga minyak melambung tinggi begini adalah langsung tidak munasabah.
Satu protes besar-besaran dirancang berlaku pada 6 Julai 2008 --- dan tiba-tiba berlaku kejutan baru bahawa satu lapuran polis telah dibuat oleh seseorang bernama Mohd Saiful Bukhari Azlan, usia 23 tahun, menyatakan bahawa beliau telah kononnya di-liwat oleh seorang yang dipandang ramai sebagai ketua sebenarnya Parti Keadilan Rakyat -- dan mungkin juga gabungan parti-parti yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat.
Saya tidak mahu komen mengenai sama ada kejadian itu benar-benar berlaku atau tidak, atau sama ada ini merupakan sebahagian daripada satu kospirasi atau sebagainya....
Saya ingin menyatakan bahawa dalam kemarahan kita mengenai apa yang telah berlaku, kita tidak juga harus melupakan mengenai hak Mohd Saiful Bukhari Azlan, orang yang membuat lapuran polis tersebut - pengadu berkenaan - mungkin juga mangsa liwat, jika benar.
Tindakan Anwar Ibrahim memulakan satu tindakan Saman Malu terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana lapuran polis telah dibuat olehnya adalah SALAH dan merupakan satu tindakan yang saya langsung tidak sangka akan dilakukan oleh seorang pemimpin Barisan Alternatif - Pakatan Rakyat. Tindakan sedemikian harus dikutuk.
Seorang mangsa atau pengadu mesti ada hak dan kebebasan untuk membuat lapuran polis atau aduan kepada polis mengenai satu kesalahan atau jenayah -- dan orang yang menjadi hal perkara aduan atau yang dikatakan tidak boleh mengambil pula tindakan Saman Malu atau apa-apa tindakan sivil terhadap seorang pengadu yang membuat lapuran polis.
Sebenarnya, undang-undang menyatakan bahawa seseorang tidak boleh menyaman seseorang lain hanya kerana satu aduan polis telah dibuat, atau dia telah memberi kenyataan kepada polis semasa penyiasatan polis dijalankan.
Jika perlindungan ini tidak dijamin untuk semua pengadu, pengadu yang menjadi mangsa, atau saksi dalam penyiasatan polis -- siapakah yang akan berani melapurkan jenayah lagi. Seorang mangsa rogol,Z, tidak akan berani membuat lapuran polis menyatakan bahawa "AB" telah merogolnya kerana kemudian "AB" akan memulakan satu saman malu mengatakan bahawa "Z" telah memalukannya -- adakah kini "Z" yang sudah menjadi mangsa rogol kini pula terpaksa ambil peguam, bayar bayaran peguam dan cuba membuktikan di Mahkamah bahawa beliau telah dirogol oleh "AB" - di mana dalam kes jenayah rogol atau apa-apa jenayah lain yang hanya 2 pihak terlibat iaitu mangsa dan dia (atau mereka) yang melakukan kesalahan tersebut adalah sangat sukar dan tidak adil untuk memerlukan seorang biasa, mangsa membuktikan bahawa dia cakap benare dan benar-benar jenayah itu telah berlaku...
Itulah sebab orang buat lapuran polis - dan polis, yang bertanggungjawab, akan seterusnya menyiasat aduan tersebut dan mencari bukti dan sebagainya. Jika akhirnya ada cukup bukti, yang disyaki bersalah akan dituduh di Mahkamah....itulah cara yang betul.
Maka, saya berharap sangat bahawa saudara Anwar Ibrahim segera menarik balik Saman Malu tersebut terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Cara yang betul adalah memfailkan satu aduan polis mendakwa bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan telah membuat satu lapuran palsu..
Saya ingin menyatakan bahawa saya tidak percaya bahawa Anwar Ibrahim telah liwat bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan, tetapi kita semua harus bersabar dan biarkan proses penyiasatan berjalan saperti perlu.
Marah kita kepada Mohd Saiful Bukhari Azlan juga diharapkan kita tidak bertindak saperti apa yang telah dilakukan oleh BN dan kroni mereka apabila SAPP menyatakan bahawa mereka sudah tidak lagi 'konfiden' dengan Pak Lah dan kerajaan kini. Yong, presiden SAPP, telah digambarkan sebagai seorang buruk, tidak beretika, dsb --- bukankah perkara sama kini berlaku kepada Mohd Saiful Bukhari Azlan. Jangan sampai mereka menyatakan bahawa BN atau PR sama sahaja - perbedaan hanya adalah orang lain..
Jangan... jangan sampai gitu - mesti ada perkara lain yang memperbezakan PR dan BN - dan itu mestilah nilai-nilai, hak asasi, keadilan dan perkara baik yang lain..... atau tidak. Perbezaan di antara BN dan PR hanya saperti perbezaan di antara Coca Cola dan Pepsi, atau Dunhill dengan Marlboro...
No comments:
Post a Comment