Wednesday, July 16, 2008

Kes Anwar Ibrahim - Polis telah menipu...

Pihak polis telah dengan jelas sebelum ini menyatakan bahawa sekiranya Anwar Ibrahim tidak menghadirkan diri di Ibu Pejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur pada atau sebelum jam 2.00 petang hari ini, tindakan sewajarnya akan diambil. Apa yang dimaksudkan adalah bahawa selepas jam 2.00 ptg, pihak polis akan menggunakan waran tangkap yang mereka perolehi.

Tetapi pada jam 12.55 tengahari, pihak polis telah dengan tiba-tiba menangkap Anwar Ibrahim, yang pada masa itu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas memberikan kenyataan sejak jam 10.00 pagi. Sebenarnya, pada pagi tersebut selepas Anwar meninggalkan BPR, beliau telah menyatakan bahawa pemberian keterangan beliau tersebut mungkin terpaksa disambung pada masa lain - kerana ia terpaksa ke IPK sebelum jam 2.00 petang. (Ini semua telah keluar dalam media internet, serta juga TV).

Ingin dinyatakan bahawa pihak polis telah menyatakan kepada Anwar dan semua orang di Malaysia bahawa jika Anwar tidak hadhir sebelum jam 2.00, apa yang akan berlaku. Sebuah SIDANG MEDIA telah diadakan oleh pihak polis, di mana ianya juga telah disiarkan di TV. Mengapa perkara ini diheboh-hebohkan begitu oleh polis dalam media massa?

Apabila polis menangkap Anwar hari ini - kepercayaan rakyat kepada pihak polis HILANG TERUS. Siapa boleh percaya kata-kata polis lagi? Polis telah menipu...

Timbalan Menteri Dalam Negeri menyatakan bahawa tangkapan dibuat kerana Anwar tidak mungkin sampai di IPK Kuala Lumpur sebelum masa yang ditetapkan - jam 2.00 petang. Dia kata penangkapan dibuat kerana Anwar tidak pergi terus ke IPK Kuala Lumpur - dan telah melencong pergi balik ke rumahnya. (Mungkin Anwar mahu mandi cepat, tukar pakaian atau mungkin mahu makan tengahari -- tambahan hanya lebih kurang 20 minit diperlukan untuk sampai ke IPK Kuala Lumpur itu) - Nyata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Farid Wan Salleh memberikan alasan yang sukar diterima oleh sesiapa yang waras....

PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim would not have been able to turn up for his scheduled appointment at the city police headquarters on time.

Deputy Home Minister Datuk Wan Farid Wan Salleh said Anwar was supposed to have gone straight to the police headquarters here after his interview at the Anti Corruption Agency in Putrajaya.

“Instead, he was on his way home. He couldn’t possibly have made it on time.

“The police were just executing a warrant of arrest against Anwar,” he told reporters in the Parliament lobby on Wednesday...." - Star Online, 16/7/2008 -'Anwar wouldn’t have made 2pm deadline'

Memang pihak polis, yang sudah ada waran tangkap, boleh menangkap Anwar - tetapi mereka telah menyatakan bahawa mereka tidak akan berbuat apa-apa sekiranya Anwar hadhir sebelum jam 2.00 petang... kesalahan bukan dari segi prosidur jenayah - tetapi adalah kesalahan moral - menipu...

Kalau mahu tangkap, jangan pula keluar buat kenyataan media memberikan masa sebelum apa kena hadir dan sebagainya...

Kini, pada jam 8.35 malam , Anwar telah dibawa ke hospital, sampai di hospital jam 8.50 mlm...dan tujuan yang dinyatakan oleh polis adalah untuk menjalankan "medical check-up" yang routine(biasa)

"Anwar left the Kuala Lumpur police headquarters at 8.35pm with a convoy of 10 police vehicles and outriders.....Anwar arrived at the hospital's emergency unit at about 8.50pm....According to CID chief Mohd Bakri Zinin, Anwar will be brought to the hospital for a routine checkup. - Malaysiakini, 16/7/2008 - PKR supremo taken to HKL for tests

" a routine checkup" - apa ini? Semua orang yang ditangkap polis tidak akan di bawa ke hospital untuk apa-apa "a routine checkup". Penipuan lagi....?

Kaedah-kaedah Lokap, khususnya Kaedah 20 - menyatakan bahawa banduan-banduan akan dikurung pada pukul 6.30 petang dan akan bangun siap berpakaian pada pukul 6.30 pagi,

Jadi, Anwar Ibrahim, yang kini diakui telah ditangkap polis - tidak boleh diteruskan apa-apa penyiasatan selepas jam 6.30 petang - selepas itu beliau terpaksa dimasukkan ke dalam Lokap...

Nyata pihak polis telah melanggar undang-undang dengan meneruskan penyiasatan selepas jam 6.30petang - dan kini pula membawanya ke Hospital pula.

Polis telah melanggar undang-undang -- apakah pihak berkuasa akan membuat?

Pihak polis, selepas menangkap Anwar, boleh membebaskannya dengan jaminan polis (yang juga dikenali sebagai jaminan mulut) dengan penjamin - di mana syarat kehadiran semula pada waktu pagi besuk (atau masa yang polis mahu) untuk tujuan meneruskan penyiasatan.

Jika mahu menuduhnya di Mahkamah pun, beliau boleh dibebaskan dengan jaminan polis - dengan syarat akan hadhir di Mahkamah ini pada jam ini....

Adalah salah menyatakan bahawa orang yang sudah ditangkap polis akan ditahan terus....

Jika pihak polis mahu menahan terus orang yang ditangkap, ia boleh dilakukan untuk jangkamasa kurang 24 jam - jika mahu tahan lagi selepas itu, kena pergi mendapat perintah reman daripada Majistret...

No comments: