Apabila polis panggil ke balai membantu penyiasatan, ada beberapa perkara yang kamu harus mengetahui terlebih dahulu:-
a) Penyiasatan apa? Berkenaan jenayah apa? Berkenaan lapuran polis apa?
b) Adakah kamu dipanggil sebagai saksi atau sebagai 'suspek'? Jika kamu adalah suspek, anda ada hak berdiam diri - tidak mahu memberikan apa-apa kenyataan kepada polis. Kadang-kadang, polis menyatakan bahawa mereka panggil sebagai saksi - bukan sebagai suspek, gunakan pandai sendiri untuk mengetahui sama ada kamu di panggil sebagai saksi atau sebagai "suspek"?
Misalnya dalam kes Anwar Ibrahim, Saiful telah membuat aduan polis menyatakan Anwar telah meliwatnya (kononnya), jadi apabila Anwar di panggil oleh polis, secara munasabah dia boleh tahu bahawa dia dipanggil sebagai 'suspek' (orang yang disyaki melakukan jenayah), jadi apa yang beliau boleh buat adalah berdiam diri dan mengunakan haknya untuk berdiam diri.
Arahan Menghadirkan Diri Untuk Siasatan Di Bawah Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah, memerlukan arahan secara BERTULIS - lisan tidak memadai. Seksyen 111, dalam Bahasa Inggeris adalah saperti di-bawah:-
111. Police officer's power to require attendance of witnesses.
(1) A police officer making an investigation under this Chapter may by order in writing require the attendance before himself of any person who from the information given or otherwise appears to be acquainted with the circumstances of the case, and that person shall attend as so required.
(2) If any such person refuses to attend as so required that police officer may report such refusal to a Magistrate who may thereupon in his discretion issue a warrant to secure the attendance of that person as required by such order.
Jadi tindakan pihak polis berkali-kali datang rumah Anwar mahu menghantar arahan bertulis tersebut adalah wajar.
Jika hanya datang berkali-kali mahu hantar arahan bertulis berkenaan, ianya tidak boleh dikatakan tindakan gangguan ('harrassment') - kecuali ada lebih yang telah berlaku.
Jika arahan memerlukan kehadiran tersebut tidak sampai kepada Anwar - ertinya secara wajar pihak polis kena cuba menetapkan tarikh masa baru untuk kehadiran Anwar di Balai Polis, dan surat atau atau arahan bertulis perlu dihantar kepada Anwar.
Pada kebiasaannya, dalam arahan bertulis ada juga pernyataan bahawa sekiranya tarikh/masa tak sesuai, boleh hubungi pihak polis untuk mengubah masa/tarikh tersebut.
Jika selepas arahan bertulis dihantar, dan pihak yang meneima TIDAK MAHU hadir di Balai Polis - pihak polis seterusnya boleh pergi mendapatkan perintah Mahkamah untuk memastikan kehadiran, di mana jika masih tidak mahu, pihak Mahkamah mungkin akan mengeluarkan waran tangkap supaya polis boleh pergi tangkap dan membawa seseorang tersebut ke Balai Polis untuk tujuan penyiasatan.
Anwar Ibrahim mungkin bekas Timbalan Perdana Menteri, seorang selebriti, ketua Pakatan Rakyat (bakal PM) - tetapi semua orang adalah sama di bawah undang-undang. Tidak ada layanag istimewa untuk gulungan ini atau gulungan itu.
Bila polis memanggil kamu menghadiri di Balai Polis mengenai apa-apa siasatan, adalah BAIK jika peguam dilantik terus dan nasihat guaman diperolehi. Lebih baik mengetahui hak kamu sebelum pergi ke Balai...itu adalah nasihat saya.
No comments:
Post a Comment